Terkini
Haram umat Islam lakon watak malaikat dalam filem – Mufti
Umat Islam diharamkan membawa watak malaikat dalam lakonan kerana ia akan membuka ruang kepada golongan berniat jahat menghina agama Islam.
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Irshad Al-Fatwa menjelaskan umat Islam haram bawa watak malaikat dalam lakonan kerana membuka ruang golongan berniat jahat menghina agama islam.
- Menurutnya, segala gambaran imej malaikat dalam lakonan tersebut tidak bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah yang dilarang secara tidak langsung merendahkan kedudukan malaikat sebagai makhluk yang suci.
- Malaikat adalah makhluk yang istimewa dalam Islam kerana mereka ialah makhluk yang taat dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Malah amat menyedihkan jika masyarakat Islam meniru gaya pemikiran orang-orang Barat.
- Majlis Ulama Kanan Arab Saudi pula menjelaskan fatwa menggambarkan watak para nabi, malaikat, Khulafa’ ar-Rashidin dan para sahabat merupakan satu perbuatan tercela.
PUTRAJAYA: Umat Islam diharamkan membawa watak malaikat dalam lakonan kerana ia akan membuka ruang kepada golongan berniat jahat menghina agama Islam.
Perkara itu dijelaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel terbaharu Irshad Al-Fatwa dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, segala gambaran imej malaikat dalam lakonan tersebut yang tidak bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah adalah dilarang.
“Larangan ini termasuk dengan perkataan atau perbuatan seperti melukis, bertindak, bercakap atau sebaliknya.
“Melakonkan watak malaikat di dalam filem secara tidak langsung merendahkan kedudukan malaikat sebagai makhluk yang suci.
“Hal ini bercanggah dengan kehadiran malaikat yang hanya diketahui menerusi wahyu daripada Allah SWT,” katanya.
Katanya, malaikat adalah makhluk yang mempunyai kedudukan dan keistimewaannya dalam Islam kerana mereka ini ialah makhluk yang taat dalam melaksanakan perintah Allah SWT.
Dalam pada itu, PMWP berkata, lakonan manusia menyerupai malaikat banyak diadaptasi dalam filem-filem di barat sejak sekian lama.
“Amat menyedihkan jika masyarakat Islam meniru gaya pemikiran orang-orang Barat itu,” katanya.
Katanya, Majlis Ulama Kanan Arab Saudi menjelaskan fatwa bahawa menggambarkan watak para nabi, malaikat, Khulafa’ ar-Rashidin dan para sahabat merupakan satu perbuatan tercela.
Larangan melakonkan watak malaikat juga bertepatan dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-bahan Penyiaran Berunsur Islam pada tahun 2015.
Kriteria penapisan bahan-bahan multimedia dan penyiaran berunsur Islam menggariskan bahawa ‘tidak melakonkan atau menggambarkan sebarang ilustrasi atau watak para nabi, malaikat, syaitan dan perkara-perkara Sam’iyyat dan Ghaibiyyat.
Sebelum ini, masyarakat Islam di negara ini digemparkan dengan sebuah filem dimana pelakon lelakinya yang beragama Islam melakonkan watak malaikat dalam filem berkenaan.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina