Terkini
Hanya 29 peratus pengguna PrEP henti seks luar tabii – Kajian Lost2PrEP
Kajian Lost2PrEP mendapati hanya 29 peratus sahaja daripada mereka yang menggunakan PrEP berhenti melakukan seks luar tabii.
- Peratusan rendah itu disebabkan pengamal hubungan songsang itu antaranya mengubah orientasi seks seperti guna kondom, tidak sodomi dan kurang aktif lakukan seks.
- “Kajian terbaharu di New York mendapati punca pengguna PrEP tidak lagi ambil PrEP di atas beberapa faktor; majoritinya (71 peratus) akibat masalah kewangan; 32 peratus akibat daripada kesan sampingan dan 34 peratus, berubah tingkah laku perlakuan seks.
- “Tetapi apabila di kaunseling kembali supaya ambil semula PrEP, 30 peratus dari mereka akan kembali kepada seks bebas dengan syarat pihak tertentu menyelesaikan isu kewangan,” kata Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah.
KUALA LUMPUR – Kajian Lost2PrEP mendapati hanya 29 peratus sahaja daripada mereka yang menggunakan PrEP berhenti melakukan seks luar tabii.
Peratusan rendah itu disebabkan pengamal hubungan songsang itu antaranya mengubah orientasi seks kepada bentuk lain seperti menggunakan kondom, tidak sodomi dan kurang aktif lakukan seks.
Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata demikian ketika mengulas berkenaan sejauh manakah penggunaan PrEP boleh mengubah tingkah laku atau perangai individu yang mengamalkan seks bebas dan akhirnya berhenti melakukannya.
Ini berikutan, menerusi model pencegahan dan rawatan kesihatan awam dalam pemberian PrEP ia akan melalui ABCD iaitu Abstinence, Behaviour changes, Condom and Drugs.
“Kajian terbaharu di New York mendapati punca pengguna PrEP tidak lagi mengambil PrEP di atas beberapa faktor; majoritinya (71 peratus) akibat masalah kewangan; 32 peratus pula adalah akibat daripada kesan sampingan dan 34 peratus, berubah tingkah laku perlakuan seks.
“Tetapi apabila di kaunseling kembali supaya mengambil semula PrEP, 30 peratus dari mereka akan kembali kepada seks bebas dengan syarat pihak tertentu menyelesaikan isu kewangan.
“Satu lagi kajian bernama Lost2PrEP juga mendapati hanya 29 peratus sahaja daripada mereka berhenti melakukan seks luar tabii.
“Antara alasannya mereka mengubah orientasi seks kepada bentuk yang lain seperti menggunakan kondom, tidak sodomi dan kurang aktif lakukan seks.
“Peserta kajian mengaku dengan pemberian ubat PrEP secara percuma (60 peratus), ada kesediaan daripada pasangan supaya guna PrEP (13 peratus) dan ubat mudah dapat dari kesihatan primer (13 peratus) akan mendorong mereka kembali menggunakan PrEP,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Katanya, walaupun kedua kajian itu ada limitasi data kajian tertentu, namun asasnya kita boleh lihat iaitu alasan penggunaan PrEP menjangkaui risiko tingkah laku seks serta masalah kewangan dan kesan sampingan menjadi pendorong utama mereka berhenti makan PrEP.
Bagaimanapun, beliau berkata tetap sahaja kegiatan seks bebas masih lagi tidak berubah.
Katanya, penggunaan PrEP bagi seluruh dunia kebanyakannya bertujuan menghapuskan HIV dengan tema ‘Zero HIV 2030’ sebagaimana dinyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Beliau tidak menafikan perkara itu dan menyokong penuh usaha tersebut.
“Namun perubahan tingkah laku dalam kalangan mereka yang melakukan perbuatan berisiko tinggi seperti kumpulan elgibiti itu tidak pula diambil perjalanan serius.
“Semua pihak mesti sedar perkara ini kerana “root cause” adalah perbuatan luar tabii itu sendiri yang mengundang bahana,” katanya.
Ini berikutan, katanya dalam garis panduan HIV New York, tidak dimasukkan pemulihan tingkah laku, kerana mereka menganggap bahawa kehidupan seks bebas dan luar tabii itu bukan sejenis penyakit.
“Kita tidak pelik sebab perjuangan kumpulan Elgibiti di sana begitu kuat sehingga akta membenarkan perkawinan sesama jantina diluluskan di Amerika Syarikat (US) pada 2015. Justeru objektif utama adalah pencegahan HIV.
“Tiada masalah pun bahkan ia perlu disokong, cuma tidak ada konsep pemulihan atau rehabilitasi bagi mereka ketagihan seks bebas. Sebab set bebas itu adalah norma kehidupan mereka.
“Orientasi seks sedemikian bukannya sesuatu yang jelek dalam pandangan adat dan hukum mereka. Inilah namanya normalisasi yang berjaya masuk dalam budaya mereka,” katanya.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan dilaporkan akan melakukan projek rintis berkenaan penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.
Ubat PrEP secara percuma itu akan diberikan kepada golongan berisiko dijangkiti HIV, termasuk komuniti LGBT, di mana ia menimbulkan perdebatan di antara pengamal perubatan, terutama doktor Muslim. – The Merdeka Times
Sumber : Facebook Dr Suhazeli Abdullah
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia