Terkini
Gerakan sifatkan bantahan wakil rakyat PAS berkait penjualan arak adalah wajar
Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau meminta isu promosi penjualan arak sempena perayaan Tahun Baharu Cina di sebuah pusat membeli belah di Seberang Jaya, Pulau Pinang tidak terus dipolitikkan.
- Sebagai wakil rakyat di kawasan yang majoritinya orang Melayu dan Islam, tindakan Muhammad Fawwaz adalah wajar –Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau
- “Gerakan telah dapat penjelasan yang disifatkan adil daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, berhubung tindakannya membantah promosi tersebut.”
- Gerakan masih berpendapat promosi penjualan arak harus dibenarkan memandangkan ia hanya dilaksanakan semasa Tahun Baharu Cina dan tidak mengambil masa yang panjang.
GEORGE TOWN: Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau meminta isu promosi penjualan arak sempena perayaan Tahun Baharu Cina di sebuah pusat membeli belah di Seberang Jaya, Pulau Pinang tidak terus dipolitikkan.
Katanya, Gerakan telah mendapat penjelasan yang disifatkan adil daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, berhubung tindakannya membantah promosi tersebut.
Lau berkata, sebagai wakil rakyat di kawasan yang majoritinya orang Melayu dan Islam, tindakan Muhammad Fawwaz adalah wajar.
Namun, katanya, Gerakan masih berpendapat promosi penjualan arak harus dibenarkan memandangkan ia hanya dilaksanakan semasa Tahun Baharu Cina dan tidak mengambil masa yang panjang.
“Promosi ini memang hanya dibuat menjelang Tahun Baharu Cina sahaja. Jika ini bulan Ramadan, dan semasa Hari Raya, saya pun tidak setuju.
“Jika ada tekanan daripada pengundi di Permatang Pauh, beliau (Muhammad Fawwaz) kena mendidik mereka bahawa negara kita berbilang kaum, agama dan budaya.
“Kita mesti jelaskan, promosi ini hanya untuk jangka masa sangat pendek. Lagipun, peniaga hanya dapat sikit pendapatan kerana keadaan ekonomi.
“Kaum Cina akan meraikan perayaan, jadi nak cari duit, jadi kita mesti berikan laluan untuk adakan promosi seperti ini,” katanya pada sidang media di pejabat Gerakan di sini semalam.
Lau berkata, isu tersebut boleh diselesaikan dengan baik dan aman dengan persefahaman semua pihak dan tidak perlu dihangatkan oleh parti politik yang seharusnya memahami adat resam budaya dan agama di negara ini.
Baru-baru ini, Muhammad Fawwaz berkunjung ke sebuah pusat membeli belah dan menyatakan bantahan terhadap penjualan arak secara terbuka di situ.
Tindakan pengurusan pusat membeli belah membenarkan promosi sedemikian disifatkannya sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
Difahamkan, promosi jualan minuman keras itu diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord