Terkini
Doktor muda ‘frust’, kerja teruk gaji sikit – Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia
Kerajaan perlu menyediakan solusi sewajarnya bagi menyelesaikan masalah dihadapi doktor tempatan berbanding isu penghijrahan doktor ke luar negara.

- Kerajaan perlu menyediakan solusi sewajarnya bagi menyelesaikan masalah dihadapi doktor tempatan berbanding isu penghijrahan doktor ke luar negara.
- “Pengalaman saya sebagai pengarah kesihatan negeri, saya tengok doktor muda sekarang dia frust, kerja teruk gaji sikit bila keluar dia jual telefon, jual insurans buat macam-macam yang ini kita kena fikir sebab latihan sudah keluar banyak kan?
- “Saya rasa tak ada sampai 10,000 orang dalam tempoh setahun pun yang pergi luar negara sekalipun ada tapi kalau kita prepare dari awal tak payah kita nak risau sangat tapi kita kena tumpukan perhatian kepada doktor-doktor di dalam ini. Kita kena beri solusi yang lebih baik bagi doktor tempatan ini,” – Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.
- Kementerian Kesihatan juga disaran merombak semula sistem kesihatan sedia ada, khususnya dari segi gaji dan perjawatan
KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menyediakan solusi sewajarnya bagi menyelesaikan masalah dihadapi doktor tempatan berbanding isu penghijrahan doktor ke luar negara.
Ini kerana majoriti doktor muda berdepan pelbagai masalah, termasuk kecewa kerana perlu bekerja teruk tetapi bergaji rendah.
Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata Kementerian Kesihatan juga perlu merombak semula sistem kesihatan sedia ada khususnya dari segi gaji dan perjawatan.
“Pengalaman saya sebagai pengarah kesihatan negeri, saya tengok doktor muda sekarang dia frust, kerja teruk gaji sikit bila keluar dia jual telefon, jual insurans buat macam-macam yang ini kita kena fikir sebab latihan sudah keluar banyak kan?
“Sekarang golongan ini banyak yang jual insurans, prudential, MLM dan sebagainyalah kan? At least kalau dia buat klinik swasta dia boleh kerana jalankan service jadi saya rasa kerajaan kena tentukan macam mana kita nak membantu golongan junior ini dengan mereka yang akan masuk dalam sistem,” katanya kepada The Merdeka Times di sini semalam.
Beliau mengulas tentang isu penghijrahan golongan doktor dan kakitangan perubatan ke luar negara, antaranya didorong persepsi tiada masa depan dan hala tuju laluan kerjaya dalam Malaysia.
Beliau mencadangkan kerajaan merangka sistem baharu kesihatan yang merentasi sempadan fasiliti di antara kerajaan, swasta dan universiti dalam perkhidmatan dan latihan perubatan.
“Dari segi kepakaran, kita banyakkan kepakaran dalam negeri beri peluang dan akhirnya sekali kita kena ada satu orang kata rentas sempadan fasiliti – kerajaan, universiti dan swasta untuk perkhidmatan serta latihan.
“Kena ada satu keselamatan yang kerajaan kena bagi swasta dan swasta pun akan menambah bilangan doktor-doktor di situ iaitu kita boleh ambil doktor-doktor yang sudah bekerja,” katanya.
Beliau berkata cadangan itu akan dapat direalisasikan sekiranya sistem perkhidmatan kesihatan direformasi dan diubah sepenuhnya kerana ia sudah lama dan semakin kurang berkesan.
Katanya, kajian sudah dijalankan, namun negara kita masih terikat dengan sistem sedia ada.
“Kita terikat dengan sistem kita. Kita ada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam jadi kita tidak boleh naikkan gaji doktor nanti cikgu pun nak juga kita nak tambah bilangan doktor tak boleh pegawai lain pun nak dinaikkan juga jadi kita terkongkong dengan sistem.
“Jadi kalau nak ubah sesuatu itu kita kena ubah sistem ke semua sekali.
“Penghijrahan doktor ini sedikit sangat sampai satu masa sekarang dah susah sangat mereka nak pergi USA, Singapura, Kanada ke payahlah sebab diaorang pun dah tak nak ambilkan. Bolehlah macam Filipina itu doktor jadi nurse.
“Saya rasa tak ada sampai 10,000 orang dalam tempoh setahun pun yang pergi luar negara sekalipun ada tapi kalau kita prepare dari awal tak payah kita nak risau sangat tapi kita kena tumpukan perhatian kepada doktor-doktor di dalam ini. Kita kena beri solusi yang lebih baik bagi doktor tempatan ini,” katanya.
Beliau berkata golongan doktor muda juga kebiasaannya merupakan doktor kontrak tiada ‘job security’ di mana walaupun sudah bertahun-tahun berkhidmat masih tiada pencen dan perancangan untuk masa depan.
Terbaharu, media melaporkan persepsi tiada masa depan dan hala tuju laluan kerjaya dalam negara selain sistem tawaran perkhidmatan kontrak menjadi antara faktor graduan perubatan atau doktor pakar keluar daripada perkhidmatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan berhijrah ke luar negara.
Presiden Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (PADU), Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah berkata, penghijrahan itu adalah kerugian besar bukan saja dari aspek wang, namun juga modal insan kepada negara. — The Merdeka Times.
Antarabangsa
Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

- Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
- Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
- Keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
- Panel Dewan mendengar pengalaman diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang berkongsi dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa sepanjang berada di dalam kem tersebut.
WASHINGTON: Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
Ahli Kongres, Mike Gallagher yang juga Pengerusi Republikan Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan mengenai Parti Komunis China (PKC), memberitahu pemberita sebelum perbicaraan, keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
China bersungguh-sungguh menafikan penderaan di Xinjiang dan berkata, ia menubuhkan ‘pusat latihan vokasional’ untuk membendung keganasan, pemisahan dan radikalisme agama.
Perbicaraan itu adalah yang terbaru dalam siri acara yang dirancang untuk dua tahun akan datang, manakala Republikan yang mengawal Dewan Perwakilan untuk meyakinkan rakyat Amerika, bahawa mereka perlu mengambil berat untuk menyaingi China dan untuk ‘memisahkan secara terpilih’ ekonomi negara.
Panel Dewan mendengar pengalaman yang diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang bercakap melalui penterjemah, apa yang dikatakannya selama bertahun-tahun di kem di mana dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa.
Etnik Uzbekistan, Qelbinur Sidik yang ditugaskan sebagai guru di kem sedemikian melalui penterjemah, turut menggambarkan keadaan seperti penjara yang menurutnya tahanan menghadapi penyeksaan dan soal siasat.
Kedua-dua wanita itu berjaya melakukan perjalanan ke Eropah dan kini mereka menetap di sana.
Keterangan juga didengar daripada peguam terkemuka Amerika Uyghur, Nury Turkel dan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang berusaha mendokumentasikan tahap kem tahanan di Xinjiang dan Naomi Kikoler dari Muzium Memorial Holocaust AS.
Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu, berkata saksi yang dirancang jawatankuasa itu telah ‘mencipta pembohongan berkaitan Xinjiang’ berdasarkan motif politik tersembunyi.
“Kami berharap rakyat Amerika dapat mengenali wajah sebenar pasukan anti-China ini dan tidak terpedaya dengan khabar angin dan pembohongan,” kata Liu sambil menambah, hak asasi manusia semua kumpulan etnik di Xinjiang sudah ‘dilindungi sepenuhnya’.
Kerajaan AS dan parlimen di Britain, Kanada dan negara lain menyifatkan pencegahan kelahiran dan dasar penahanan besar-besaran China di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu menyatakan China mungkin sudah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di rantau itu.
Jawatankuasa dwipartisan tidak akan menulis undang-undang tetapi akan membuat cadangan dasar, pada garis masa keras terhadap China adalah salah satu daripada beberapa dasar dengan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS yang sangat berpecah belah.
Kikoler dari muzium holocaust berkata, kerajaan China menggunakan taktik halus untuk ‘memusnahkan orang Uyghur dengan sengaja’ termasuk pengawasan dan penahanan besar-besaran, penyeksaan, pemindahan kanak-kanak dan mengehadkan kelahiran.
Zenz berkata, walaupun kerajaan China mengatakan pihaknya menutup kem di Xinjiang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia adalah pusat ‘pendidikan semula’ keselamatan rendah, selain ada perluasan serentak penjara dengan keselamatan lebih tinggi atau kemudahan buruh paksa.
“Kita boleh mengandaikan ratusan ribu sudah dipindahkan ke kemudahan ini, yang telah diperluaskan secara dramatik,” katanya sambil menyatakan terdapat tanda-tanda tahanan beramai-ramai memuncak pada 2018. – REUTERS
Sumber: Berita Harian
-
Antarabangsa2 days ago
10 hakim berdepan hukuman mati di Arab Saudi
-
Terkini2 days ago
Larangan ke gereja adalah manifestasi disiplin Islam
-
Antarabangsa2 days ago
Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
-
Antarabangsa2 days ago
Peguam nafi Zakir Naik diusir dari Oman