Connect with us

Terkini

Cadangan pinda perlembagaan isu kerakyatan anak tak lama lagi – Azalina

Cadangan untuk meminda peraturan kerakyatan Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan di kabinet tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Wartawan TMT

Published

on

Cadangan pinda perlembagaan isu kerakyatan anak tak lama lagi - Azalina
Foto: Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said
  • “Insya-Allah, saya dan (Menteri Dalam Negeri) Saifuddin Nasution Ismail dalam masa terdekat akan kemukakan Memorandum Jemaah Menteri bersama ke kabinet untuk cadangan pindaan Bahagian II Jadual Ke-2 Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan isu kewarganegaraan,” – Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said 
  • Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan bentangkan peraturan kerakyatan seseorang yang dilahirkan selepas Hari Malaysia sama ada boleh atau tidak boleh menjadi warganegara Malaysia.
  • Family Frontiers kini terlibat dalam tuntutan mahkamah berpaksikan peruntukan tertentu dalam jadual yang membolehkan bapa Malaysia – tetapi bukan ibu Malaysia – secara automatik memberikan kewarganegaraan Malaysia kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

 

Cadangan untuk meminda peraturan kerakyatan Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan di kabinet tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

“Insya-Allah, saya dan (Menteri Dalam Negeri) Saifuddin Nasution Ismail dalam masa terdekat akan kemukakan Memorandum Jemaah Menteri bersama ke kabinet untuk cadangan pindaan Bahagian II Jadual Ke-2 Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan isu kewarganegaraan,” katanya pada ciapan di Twitter malam tadi.

Foto: Tangkap layar ciapan Azalina Othman Said di Twitter

 

Walaupun dia tidak menghuraikan jenis pindaan yang akan dicadangkan, dia telah memaklumkan NGO Family Frontiers pada hantaran di media sosial mengenai pengumuman itu.

Pejabatnya kemudian mengesahkan dengan Malaysiakini pindaan itu berhubung kerakyatan untuk anak kepada ibu warga Malaysia dan bapa warga asing, yang lahir di luar negara.

Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan membentangkan peraturan kerakyatan seseorang yang dilahirkan selepas Hari Malaysia sama ada boleh atau tidak boleh menjadi warganegara Malaysia.

Family Frontiers kini terlibat dalam tuntutan mahkamah berpaksikan peruntukan tertentu dalam jadual yang membolehkan bapa Malaysia – tetapi bukan ibu Malaysia – secara automatik memberikan kewarganegaraan Malaysia kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

Kumpulan itu berhujah bahawa ibu juga wajar mempunyai hak yang sama untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka.

Bulan lalu, Saifuddin berikrar akan mengutamakan isu kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu Malaysia.

Manifesto pilihan raya PH dan BN pada pilihan raya umum lalu juga menjanjikan pindaan perlembagaan yang akan memberi kedua-dua bapa dan ibu hak untuk kerakyatan kepada anak-anak mereka.

 

Sumber: Malaysiakini

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending