Connect with us

Terkini

140 Ketua UMNO Bahagian tidak mahu jawatan tertinggi parti dipertandingkan

Seramai 140 Ketua UMNO Bahagian sebulat suara tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

140 Ketua UMNO Bahagian tidak mahu jawatan tertinggi parti dipertandingkan
Foto: Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah.
  • Mereka sepakat mohon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan perkara tersebut kerana UMNO pada saat ini perlu diperkukuhkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. – Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah 
  • UMNO perlu bersatu, tidak perlu pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden.
  • “Saya harap Presiden boleh ambil pandangan kami kerana tujuannya untuk kita bersatu bersama-sama berjuang untuk perkukuhkan parti,” katanya.

KUALA LUMPUR – Seramai 140 Ketua UMNO Bahagian sebulat suara tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata, mereka sepakat memohon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan perkara tersebut, kerana UMNO pada saat ini perlu diperkukuhkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“UMNO perlu bersatu, tidak perlu pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden,” katanya pada sidang akhbar di Grand Ballroom Royal Chulan, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Katanya, semua 126 ketua bahagian termasuk semua pengerusi perhubungan negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Melaka, Perak hadir pada pertemuan malam ini, manakala 14 orang tidak dapat hadir atas sebab yang tak dapat dielakkan.

“Walaupun ada yang tak hadir, tapi apa jua yang kami putuskan hari ini mereka menyokong penuh dan saya telah bertanya dengan semua ketua bahagian kita tidak perlu ada pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden.

“Saya harap Presiden boleh ambil pandangan kami kerana tujuannya untuk kita bersatu bersama-sama berjuang untuk perkukuhkan parti,” ujarnya.

Pada Selasa, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi isyarat bahawa beliau akan bertanding mencabar kedudukan Ahmad Zahid sebagai Presiden.

Khairy sebelum ini mendesak Ahmad Zahid mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan susulan keputusan buruk UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan parti itu hanya menang 26 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun Ahmad Zahid dalam respons balasnya menerusi komen di salah satu hantaran bekas Ahli Parlimen Rembau itu meminta Khairy bertenang dan memaklumkan bahawa pemilihan parti bakal berlangsung dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya.

Sumber: Sinar Harian

 

Author