Connect with us

Komuniti

Yayasan Al-Manjie salur bantuan banjir hampir RM1 juta di Kelantan dan Terengganu

Hampir satu juta ringgit sumbangan berbentuk bekalan makanan dan keperluan asas dihulurkan Yayasan Al-Manjie dan Sekretariat Food Bank Malaysia kepada mangsa banjir yang terjejas di negeri Kelantan serta Terengganu.

Hidayah Sani

Published

on

Yayasan Al-Manjie salur bantuan banjir hampir RM1 juta di Kelantan dan Terengganu
Foto: Pusat Bantuan Asnaf Rantau Panjang.
  • Ketua Pengarah Eksekutifnya, Suhail Mohamed Kamaruddin berkata, bantuan disalurkan adalah hasil sumbangan pelbagai pihak dari industri-industri pengeluaran makanan di Malaysia.
  • Bantuan kali ini disasarkan mangsa banjir di kawasan Rantau Panjang dan Kemaman.
  • Yayasan itu sumbangkan pampers dewasa dan kanak-kanak serta Cornflakes, mi segera, Revive isotonic, kicap,  Promex chocomex , tuala wanita juga sabun mandian selain keperluan asas lain.

KAJANG – Hampir satu juta ringgit sumbangan berbentuk bekalan makanan dan keperluan asas dihulurkan Yayasan Al-Manjie dan Sekretariat Food Bank Malaysia kepada mangsa banjir yang terjejas di negeri Kelantan serta Terengganu.

Ketua Pengarah Eksekutifnya, Suhail Mohamed Kamaruddin berkata, bantuan yang disalurkan adalah hasil sumbangan daripada pelbagai pihak khususnya dari industri-industri yang terlibat dalam pengeluaran makanan di Malaysia.

Menurutnya, antara syarikat yang terlibat adalah Etika sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai jenis minuman dan syarikat lain seperti Nestle, Mamee, Dumex Mamil, serta Promex.

Kata beliau, bantuan kali ini akan disasarkan kepada mangsa banjir di kawasan Rantau Panjang dan Kemaman berikutan dua kawasan itu merupakan yang paling terjejas.

“Apa yang penting kami bawa susu kepada anak-anak kerana apabila saya buat penelitian memang ada keperluan tinggi selain dari pampers, tuala wanita yang disediakan dengan banyak.

“Yang kedua kami bawa bekalan bahan mentah untuk pelaksanaan program Dapur Rakyat kerana ketika mereka pindah dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila air kering mereka akan balik ke rumah tapi tidak boleh masak, kerana dapur tiada, gas tiada.

“Mereka juga sibuk dengan proses pembersihan rumah dan apa berlaku mereka penat. Mungkin ada yang mampu untuk beli makanan di kedai tapi kebanyakan kedai di sekitar pun tutup kerana banjir bahkan kedai runcit pun tutup maka kita wujudkan dapur-dapur rakyat di seluruh kawasan-kawasan terjejas.

“Yang paling penting apabila mereka penat, ada lah makanan yang disediakan dan boleh diambil di lokasi terbabit,” kata beliau yang turut terlibat secara langsung dalam pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir.

Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Manjie, Suhail Mohamed Kamaruddin (kiri) dan Pengurus Operasi Yayasan Al-Manjie, Wan Mohd Ezuan Wan Zin (kanan).

Yayasan Al-Manjie yang juga merupakan Rakan Strategik Utama (RSU) di bawah sekretariat Food Bank Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut menyumbangkan pampers dewasa dan kanak-kanak serta Cornflakes, mi segera, Revive isotonic, kicap,  Promex chocomex , tuala wanita juga sabun mandian selain keperluan asas lain.

Berdasarkan aplikasi info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat ini jumlah mangsa tertinggi dicatatkan di tiga lokasi PPS di kawasan Rantau Panjang adalah  Sek. Keb. Tok Deh menampung 1577 mangsa melibatkan 454 keluarga; S.K. Sri Rantau Panjang (2) menempatkan 1495 mangsa banjir melibatkan 598 keluarga; SK. Gual Tinggi menempatkan 1121 mangsa daripada 377 keluarga. – The Merdeka Times

 

 

Author

Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending