Connect with us

Terkini

Unit Amal hulur bantuan tanpa kira fahaman politik

Jabatan Amal Malaysia yang dikelolakan Dewan Pemuda Parti Se Islam Malaysia (Pas) digelar “gelombang hijau” oleh DAP kerana pasukan itu menitik beratkan soal kebajikan dan pendidikan rakyat secara sama rata.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Unit Amal hulur bantuan tanpa kira fahaman politik
Foto: Jabatan Amal Malaysia.
  • Jabatan Amal Malaysia  digelar “gelombang hijau” oleh DAP kerana pasukan itu menitik beratkan soal kebajikan dan pendidikan rakyat secara sama rata. 
  • Dikenali sebagai Unit Amal, menariknya, bantuan dihulurkan kepada umum tanpa mengira agama, bangsa dan walaupun berbeza fahaman politik. 
  • Setiausaha Politik kepada Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman menyifatkan Amal sebagai wira tidak didendang, tetapi dekat di hati setiap yang disantuni. 
  • “Tangan dihulur tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Yang penting, kerja kebajikan kami tidak bermusim,” tulisnya dalam hantaran FB.

KUALA LUMPUR – Jabatan Amal Malaysia yang dikelolakan Dewan Pemuda Parti Se Islam Malaysia (Pas) digelar “gelombang hijau” oleh DAP kerana pasukan itu menitik beratkan soal kebajikan dan pendidikan rakyat secara sama rata.

Dikenali sebagai Unit Amal, menariknya, bantuan dihulurkan kepada umum tanpa mengira agama, bangsa dan walaupun berbeza fahaman politik. 

Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata aktiviti pasukan kebajikan sukarela itu sinonim dengan tanggungjawab petugas barisan hadapan.

“Pantang dengar ada musibah, pantas kami munculkan diri dan terbaru insiden tanah runtuh di Batang Kali, Jabatan Amal segera menghulur bakti.

“Tangan dihulur tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik kerana kami adalah wira tidak didendang, tidak tersohor, tetapi dekat di hati setiap yang disantuni. Malah, bekerja dengan agensi penyelamat pun, sudah serasi.

“Yang penting, kerja kebajikan kami tidak bermusim, tidak kira pilihan raya semuanya akan dibantu. Biarlah apa orang kata, kami tetap mahu membantu,” tulisnya dalam hantaran Facebook, baru-baru ini.

Dalam bab pendidikan, ujarnya, ia lebih hebat kerana aspek itu merupakan kerja harian jabatan berkenaan. 

“Santuni ribuan pelajar dan ibu bapa di PASTI, setiap hari. Membina sahsiah anak bangsa, supaya berakhlak dan hidup berbakti.

“Justeru, tidak tepat jika kami digelar gelombang hijau kerana yang lebih tepat kami adalah ‘Gelombang Khidmat Bakti’. 

“Santuni rakyat, menabur bakti, tanpa rasis, tanpa ekstremis dan persilakan jika kalian mahu berganding bahu bersama kami,” katanya. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Syahir Sulaiman

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *