Connect with us

Antarabangsa

ULAMA gesa Taliban batal larangan hak wanita belajar

Badan agama tertinggi Arab Saudi, Majlis Ulama Kanan (ULAMA) menggesa kerajaan sementara Afghanistan membenarkan wanita negara itu diberikan hak untuk belajar di institusi pendidikan.

Wartawan TMT

Published

on

ULAMA gesa Taliban batal larangan hak wanita belajar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Badan agama tertinggi Arab Saudi, Majlis Ulama Kanan (ULAMA) gesa kerajaan sementara Afghanistan benarkan wanita negara itu diberikan hak belajar di institusi pendidikan.
  • Memetik laporan Saudi Gazette, ULAMA menyatakan tindakan menghalang wanita daripada mendapatkan pendidikan adalah bertentangan dengan syarak.
  • ULAMA turut menyatakan hak dipelihara oleh Islam bagi wanita adalah hak pendidikan seperti undang-undang menggesa dan galakkan pendidikan sama rata untuk lelaki dan wanita.

RIYADH: Badan agama tertinggi Arab Saudi, Majlis Ulama Kanan (ULAMA) menggesa kerajaan sementara Afghanistan membenarkan wanita negara itu diberikan hak untuk belajar di institusi pendidikan.

Gesaan itu sekali gus mahu pentadbiran Taliban membatalkan keputusan menghalang wanita daripada mendapatkan pendidikan.

Memetik laporan Saudi Gazette, ULAMA menyatakan bahawa tindakan menghalang wanita daripada mendapatkan pendidikan bertentangan dengan syarak.

Majlis itu turut menegaskan Islam memelihara dan menjelaskan hak dan kewajiban setiap manusia, lelaki dan wanita.

Ia mengulangi bahawa Islam, dengan ketetapan dan perundangannya, memelihara hak undang-undang wanita dan membolehkan mereka menikmatinya di bawah agama yang benar dalam hak mereka yang memelihara kemanusiaan dan maruah, kepemimpinan dan kemakmuran golongan itu.

ULAMA turut menyatakan hak yang dipelihara oleh Islam untuk wanita adalah hak untuk pendidikan sebagaimana undang-undang menggesa dan menggalakkan pendidikan sama rata untuk lelaki dan wanita. – AGENSI.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending