Connect with us

Terkini

‘Sepatutnya beri tempoh 6 bulan penduduk cari rumah baharu’ – MP Titiwangsa

Penduduk Kampung Sungai Baru yang diarahkan berpindah baru-baru ini, bagi memberi laluan kepada pembangunan semula kawasan itu sepatutnya diberikan tempoh enam bulan untuk mencari tempat tinggal baharu, kata Johari Ghani.

Wartawan TMT

Published

on

‘Sepatutnya beri tempoh 6 bulan penduduk cari rumah baharu’ - MP Titiwangsa
Foto: Johari Ghani.
  • Ahli Parlimen Titiwangsa berkata sepatutnya penduduk Kampung Sungai Baru yang diberikan notis pengusiran 30 hari diberikan tempoh enam bulan untuk mencari kediaman baharu.
  • Beliau juga menyarankan penduduk untuk membuat surat rayuan penangguhan untuk berpindah dan akan menyokong setiap permohonan tersebut.
  • Selain itu, Johari juga akan melantik peguam bagi mewakili 90 peratus pemilik yang telah berpindah daripada kawasan itu untuk memantau agar pemaju memulakan projek segera.
  • “Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana projek pembangunan semula pada masa akan datang,” katanya.

PETALING JAYA: Penduduk Kampung Sungai Baru yang diarahkan berpindah baru-baru ini, bagi memberi laluan kepada pembangunan semula kawasan itu sepatutnya diberikan tempoh enam bulan untuk mencari tempat tinggal baharu, kata Johari Ghani.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu menyarankan kepada pemilik yang memerlukan lebih masa untuk berpindah agar membuat surat rayuan kepada Jabatan Tanah & Galian dan pemaju. Beliau akan menyokong setiap permohonan tersebut.

Johari berkata, pertemuan juga sudah dibuat dengan Datuk Bandar bertujuan membantu menempatkan baki penduduk yang belum mendapat rumah untuk berpindah, supaya dapat ditempatkan di rumah sewa awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Selain itu katanya, beliau juga akan melantik peguam bagi mewakili 90% pemilik yang telah berpindah daripada kawasan itu agar dapat memantau supaya pemaju dapat memulakan projek berkenaan dengan segera, sekali gus memastikan unit baharu kediaman dikembalikan kepada pemilik yang sudah menunggu begitu lama.

Tambahnya, pemilik yang telah dibayar pampasan sepenuhnya oleh pemaju perlu ditawarkan unit baharu, sekiranya mereka berminat untuk membeli kediaman itu apabila siap kelak.

Johari turut mengkritik mengenai ketiadaan koordinasi yang baik antara pemaju, wakil rakyat dan Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum pemilik diarahkan berpindah pada 2019 dan menyebabkan perkara itu menjadi “rumit” apabila lebih 90% telah bersetuju untuk berpindah.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana projek pembangunan semula pada masa akan datang.

“Kita perlu memastikan pemaju tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 sewenang-wenangnya kepada pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula,” katanya kepada FMT.

Johari berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai baki penduduk Kampung Sungai Baru yang menentang projek pembangunan semula selepas diarahkan berpindah menjelang pertengahan Januari ini.

Menurut The Vibes, Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Sungai Baru berkata notis Borang K sudah dikeluarkan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Borang itu menyatakan penduduk diberi masa 30 hari (bermula minggu lalu) untuk mengosongkan kediaman masing-masing.

Sumber: Free Malaysia Today

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending