Connect with us

Terkini

Penggunaan PrEP perlu dibawa ke Muzakarah Fatwa Kebangsaan

Penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) dalam membendung jangkitan HIV perlu dibincangkan secara menyeluruh termasuk melibatkan agamawan sebelum ia dilaksanakan.

Wartawan TMT

Published

on

Penggunaan PrEP perlu dibawa ke Muzakarah Fatwa Kebangsaan
Foto: Profesor Dr Irwan Mohd Subri.
  • Perbincangan tersebut merangkumi pelbagai aspek antaranya golongan sasar dan status kandungan yang terdapat di dalamnya. – Setiausaha Akademi Fiqh Islam Malaysia (AFHAM), Profesor Dr Irwan Mohd Subri.
  • “Contohnya macam vaksin Covid-19, mengapa ia halal, kerana telah dibawa ke dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan diperhalusi.”
  • “Jadi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak boleh duduk berseorangan sahaja dalam isu ini,” katanya.
  • Irwan menegaskan ubat PrEP tidak boleh sama sekali diberikan kepada individu yang melakukan hubungan seksual di luar daripada kerangka yang dibenarkan Islam.

SHAH ALAM – Penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) dalam membendung jangkitan HIV perlu dibincangkan secara menyeluruh termasuk melibatkan agamawan sebelum ia dilaksanakan.

Setiausaha Akademi Fiqh Islam Malaysia (AFHAM), Profesor Dr Irwan Mohd Subri berkata, perbincangan tersebut merangkumi pelbagai aspek antaranya golongan sasar dan status kandungan yang terdapat di dalamnya.

Kita kena bincang secara holistik daripada sudut siapa penerima, apa kandungannya, sebab kita ada garis panduan halal yang perlu kita ikut.

“Contohnya macam vaksin Covid-19, mengapa ia halal, kerana telah dibawa ke dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan diperhalusi.

“Jadi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak boleh duduk berseorangan sahaja dalam isu ini,” ujar beliau dalam program Wacana Sinar bertajuk ‘PrEP: Tanggungjawab, pencegahan penyakit HIV’ yang dihoskan oleh Ismail Adnan pada Selasa.

Turut bergandingan sebagai panelis ialah Profesor Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Rafidah Hanim Mokhtar; Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dan Ketua Sektor HIV/ Bahagian Kawalan (Penyakit) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Anita Suleiman.

Pada masa sama, Irwan menegaskan, ubat PrEP tidak boleh sama sekali diberikan kepada individu yang melakukan hubungan seksual di luar daripada kerangka yang dibenarkan Islam.

“Kita tiada masalah jika PrEP diberikan kepada pasangan suami isteri yang menghidap HIV kerana mahu mengelakkan jangkitan tersebut.

“Cuma bila hendak dipanjangkan kepada golongan bukan suami isteri dan pelaku homoseksual, maka ia akan menjadi satu isu,” ulasnya.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Enam bekas penuntut UPNM dihukum gantung, bunuh Zulfarhan

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini dilaporkan menjatuhi hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tujuh tahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
  • Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini dilaporkan menjatuhi hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tujuh tahun lalu.
  • Keputusan itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang sebulat suara membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menghidupkan semula tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
  • Hakim Hadhariah dilaporkan berkata hukuman mati adalah wajar dikenakan terhadap mereka kerana jenayah yang dilakukan adalah kejam.

KUALA LUMPUR — Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini dilaporkan menjatuhi hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tujuh tahun lalu.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang sebulat suara membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menghidupkan semula tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Hakim Hadhariah dilaporkan berkata hukuman mati adalah wajar dikenakan terhadap mereka kerana jenayah yang dilakukan adalah kejam.

“Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman terhadap keenam-enam OKT iaitu mereka perlu dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan digantung sampai mati.

“Rayuan pendakwaan dibenarkan, hukuman penjara selama 18 tahun ditolak,” katanya dipetik Harian Metro ketika bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Sebelum ini, keenam-enam perayu yang juga responden dalam rayuan itu dilaporkan dihukum penjara 18 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat terhadap arwah Zulfarhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. 

Pada 15 Mei lalu, pihak pendakwaan berhujah tindakan enam bekas penuntut universiti itu mendera dan menyebabkan 80 peratus badan rakan mereka Zulfarhan melecur akibat tekapan seterika wap adalah perbuatan melampau.

Timbalan Pendakwa Raya, K Mangai berhujah terdapat keterangan menunjukkan lima bekas penuntut itu atas arahan seorang lagi rakan mereka bergilir-gilir menekap seterika pada anggota badan si mati (Zulfarhan) kecuali pada bahagian muka dan belakang tapak tangan mengakibatkan beliau mengalami 90 kesan lecur yang menyebabkan kematiannya.

Sementara itu, 12 lagi tertuduh yang sebelum ini dikenakan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan, diketepikan dan digantikan hukuman penjara empat tahun.

“Dalam kes ini, kami sebulat suara mendapati faktor-faktor yang memberatkan hukuman mengatasi faktor-faktor peribadi tertuduh.

“Pada hemat kami, hukuman yang wajar ialah empat tahun penjara. Oleh itu hukuman penjara tiga tahun diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara empat tahun dari tarikh sabitan,” katanya dipetik Astro Awani.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka ketika insiden berusia 21 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Zulfarhan kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending