Connect with us

Antarabangsa

Pakistan gesa PBB pelihara Islam di India daripada Hindutva

Kementerian Luar Pakistan menggesa masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membantu dalam memelihara Islam di India yang berada di bawah ancaman kumpulan ekstremis, Hindutva.

Wartawan TMT

Published

on

Pakistan gesa PBB pelihara Islam di India daripada Hindutva
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Luar Pakistan menggesa masyarakat antarabangsa dan PBB membantu memelihara Islam di India yang berada bawah ancaman Hindutva.
  • Tegasnya, kerajaan India harus memastikan keselamatan dan perlindungan golongan minoriti terutamanya umat Islam dan tempat ibadat mereka.
  • Beliau turut beri amaran bahawa pelampau Hindu telah menuntut penukaran lebih banyak masjid jadi kuil, termasuk Masjid Gyanvapi di Varanasi. 
  • Media antarabangsa juga melaporkan lebih banyak tapak warisan Islam terancam, termasuk Masjid Shamsi Jama yang berusia 800 tahun di Uttar Pradesh.

 

ISLAMABAD, 10 Disember 2022 – Kementerian Luar Pakistan menggesa masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membantu dalam memelihara Islam di India yang berada di bawah ancaman kumpulan ekstremis, Hindutva.

Sempena memperingati 30 tahun berlakunya tragedi perobohan Masjid Babri oleh pelampau Hindu, kementerian itu mengeluarkan kenyataan sekali gus menegaskan bahawa, “Kerajaan India harus memastikan keselamatan dan perlindungan golongan minoriti terutamanya umat Islam dan tempat ibadat mereka.”

Tambahnya, “Peristiwa itu adalah peringatan menyedihkan tentang keganasan anti-Muslim yang semakin meningkat di India.”

“Kami mengecam pembinaan kuil Hindu yang sedang dijalankan di tapak masjid yang roboh serta pembebasan penjenayah yang bertanggungjawab terhadap perobohan tersebut.”

Pejabat Kementerian Luar negara itu turut memberi amaran bahawa pelampau Hindu telah menuntut penukaran lebih banyak masjid menjadi kuil, termasuk Masjid Gyanvapi di Varanasi. 

Pihaknya juga khuatir sekiranya tuntutan ini mendorong kepada lebih banyak tragedi seperti yang berlaku pada Masjid Babri.

Media antarabangsa juga melaporkan lebih banyak tapak warisan Islam terancam, termasuk Masjid Shamsi Jama yang berusia 800 tahun di Uttar Pradesh.

Selaras dengan matlamat Parti Bharatiya Janata (BJP) untuk menulis semula sejarah India, ‘pemusnahan masjid untuk membina semula kuil Hindu yang didakwa telah dimusnahkan’ telah menjadi propaganda yang kuat di negara itu.

Masjid Babri telah dibina pada abad ke-16 dan merupakan simbol keagungan umat Islam hampir 500 tahun lalu. 

Walaupun begitu, pada tahun 1992, ia telah dimusnahkan sepenuhnya oleh pelampau Hindu yang mendakwa kononnya tapak itu adalah tempat kelahiran dewa mereka, Rama.

Susulan tragedi tersebut, pada tanggal 10 November 2019, Mahkamah Agung India telah meluluskan penyerahan tapak masjid kepada penganut Hindu untuk dibina kuil di atasnya.

Keputusan tersebut menerima reaksi negatif daripada lebih 180 juta umat Islam di India dan berlanjutan begitu lama kerana menyentuh sensitiviti umat Islam di sana. 

Bukan itu sahaja, ia turut mencetuskan ketegangan agama akibat perebutan tapak Masjid Babri.

 

Sumber : Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending