Connect with us

Antarabangsa

Muslim Korea Selatan gesa PBB campur tangan untuk bina masjid

Setelah menerima tentangan hebat berterusan daripada penduduk tempatan, Muslim Korea Selatan mula menggesa bantuan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membina sebuah masjid.

Wartawan TMT

Published

on

Muslim Korea Selatan gesa PBB campur tangan untuk bina masjid
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rayuan dibuat selepas pihak berkuasa tempatan tidak melaksanakan perintah mahkamah.
  • Muslim Korea Selatan mahu pihak PBB campur tangan dalam isu kebebasan beragama bagi menghentikan halangan penduduk terhadap pembinaan masjid dan hapuskan kepala babi dengan segera.
  • Pihak berkuasa tempatan tidak menghiraukan permintaan masyarakat Islam untuk mengeluarkan kepala babi dari lorong yang digunakan mereka untuk ke masjid.
  • Pegawai PBB mendesak kerajaan Korea Selatan dan pihak berkuasa tempatan mengutuk secara terbuka segala bentuk diskriminasi agama atau kaum, menjalankan pendidikan mengenai kewajipan pengecualian agama dan anti-perkauman untuk semua pegawai awam Daegu, serta memperbaiki segala kerosakan.

 

DAEGU, 28 Disember 2022 – Setelah menerima tentangan hebat berterusan daripada penduduk tempatan, Muslim Korea Selatan mula menggesa bantuan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membina sebuah masjid.

Rayuan itu dibuat selepas kecewa dengan pihak berkuasa tempatan yang tidak melaksanakan perintah mahkamah malah pelbagai penentangan dilakukan oleh penduduk setempat termasuk menggunakan kepala babi.

Mereka menggesa campur tangan PBB dalam isu kebebasan beragama bagi menghentikan halangan penduduk terhadap kerja pembinaan dan menghapuskan kepala babi dengan segera.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan tidak menghiraukan permintaan masyarakat Islam untuk mengeluarkan kepala babi dari lorong yang digunakan mereka untuk ke masjid.

Dalam pada itu, petisyen kepada pegawai PBB melaporkan, ia mendesak kerajaan Korea Selatan dan pihak berkuasa tempatan mengutuk secara terbuka segala bentuk diskriminasi agama atau kaum tertentu, menjalankan pendidikan mengenai kewajipan pengecualian agama dan anti-perkauman untuk semua pegawai awam Daegu, serta memperbaiki segala kerosakan.

Menurut laporan, pegawai tempatan meluahkan ketidakberdayaan mereka untuk membersihkan kepala babi tanpa kebenaran penduduk kerana ia adalah barangan yang dibeli rakyat Korea Selatan.

 

Sumber : Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending