Connect with us

Terkini

Larang Ridhuan Tee keluar TV, salah guna kuasa dalam kebebasan bersuara

Kebebasan media mestilah tertakluk di bawah Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak kebebasan bercakap dan bersuara kepada setiap warganegara Malaysia. 

Rasyidah Zulkifli

Published

on

Larang Ridhuan Tee keluar TV, salah guna kuasa dalam kebebasan bersuara
Foto: Datuk Dr Jayum Jawan (kiri), Profesor Dr Kartini Aboo Talib (kanan).
  • Profesor Sains Politik UPM, Datuk Dr Jayum Anak Jawan menyelar tindakan Menteri Digital dan Komunikasi yang “menggam” Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah daripada bersiaran di televisyen.
  • Jayum menyifatkan tindakan Fahmi Fadzil sebagai “takut” dengan ideologi disampaikan Tokoh Maulidur Rasul dan Maah Hijrah itu.
  • “Ini budaya yang tidak baik dan salah guna kuasa untuk menutup mulut orang daripada bersuara,” katanya.
  • Timbalan Pengarah KITA UKM, Profesor Dr Kartini Aboo Talib pula berpendapat Ahli Majlis Dakwah Negara itu “digam” berdasarkan sebab yang kukuh.

KUALA LUMPUR – Kebebasan media mestilah tertakluk di bawah Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak kebebasan bercakap dan bersuara kepada setiap warganegara Malaysia. 

Ia dibenarkan selagi tidak melanggar Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan di mana rakyat Malaysia dilarang untuk mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Selain itu, isu kedaulatan raja-raja, kewarganegaraan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga tidak boleh disentuh.

Profesor Sains Politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Dr Jayum Jawan menyelar tindakan menteri berkenaan yang “menggam” pendakwah terkenal, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah daripada bersiaran di televisyen.

“Menteri (Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil) reput, lebih teruk daripada menteri UMNO yang sudah.

“Apa sangat Ridhuan Tee itu. Tiada ke sarjana lain yang boleh mereka gandingkan untuk berdebat dengan Ridhuan Tee.

“Majlis Profesor Negara ada 2,500 ahli akademik, tak kan seorang dari 2,500 itu tiada yang boleh kalahkan Ridhuan Tee,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Jayum menyifatkan tindakan Fahmi sebagai “takut” dengan ideologi yang disampaikan Tokoh Maulidur Rasul dan Maah Hijrah itu.

“Ini budaya yang tidak baik dan salah guna kuasa untuk menutup mulut orang daripada bersuara,” katanya.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib berpendapat Ahli Majlis Dakwah Negara itu “digam” berdasarkan sebab yang kukuh.

“Beliau (Ridhuan Tee) apabila memberi pandangan adakalanya tidak munasabah dan ada yang merasakan pandangannya bersifat menghasut. 

“Beliau perlu menambah baik cara penyampaian dengan disertai data dan fakta pada masa hadapan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai tindakan Fahmi, jelasnya, ia mungkin telah diteliti dan disertai dengan bukti oleh jawatankuasa penyiaran sebelum keputusan “digam” diumumkan.

“Bebas bersuara tidak bermakna boleh menyuarakan apa sahaja. Ada tata cara bebas bersuara selagi mana ia tidak bertujuan menghina atau menjatuhkan martabat mana-mana pihak,” katanya. – The Merdeka Times.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending