Connect with us

Terkini

Kenyataan Kit Siang zahir kebimbangan kebangkitan anak muda tolak politik fitnah – Ahli parlimen Bachok

Kenyataan Lim Kit Siang jelas menzahirkan kebimbangan terhadap gelombang anak muda yang menolak pembentukan kerajaan campuran PH-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kenyataan Kit Siang zahir kebimbangan kebangkitan anak muda tolak politik fitnah - Ahli parlimen Bachok
Foto: Mohd Syahir Che Sulaiman, Ahli Parlimen Bachok.
  •  Kenyataan Lim Kit Siang jelas menzahirkan kebimbangan terhadap gelombang anak muda yang menolak pembentukan kerajaan campuran PH-BN dalam PRU15.
  • Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman merujuk kepada tulisan baharu yang dibuat ahli politik veteran DAP itu dalam blog milik beliau Jumaat lalu. 
  • Mohd Syahir berkata, segala ‘dasar reformasi’ yang dilaungkan oleh PH selama ini telah dibatalkan sendiri oleh parti berkenaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
  • “Sedarkah Lim Kit Siang, gelombang hijau yang membadai UMNO/BN dan PH dalam PRU15 sebenarnya adalah ‘Gelombang Kebangkitan’ yang mahu menolak ‘politik fitnah, politik bohong, dan politik rasuah’, dengan memilih politik pemulihan dan politik sederhana yang prihatin, bersih dan stabil. 

 

KUALA LUMPUR – Kenyataan Lim Kit Siang jelas menzahirkan kebimbangan terhadap gelombang anak muda yang menolak pembentukan kerajaan campuran PH-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman merujuk kepada tulisan baharu yang dibuat ahli politik veteran DAP itu dalam blog milik beliau Jumaat lalu. 

“Turut dizahirkan adalah ‘amaran’ beliau terhadap Perdana Menteri untuk mengambil segala langkah bagi menghalang kebangkitan anak muda, seterusnya mengekang kemaraan ‘gelombang hijau’ dalam arus perdana.

“Namun, beliau terkhilaf dalam membaca isyarat yang mencetuskan gelombang berskala besar ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Mohd Syahir berkata, segala ‘dasar reformasi’ yang dilaungkan oleh PH selama ini telah dilenyapkan, dipadamkan dan dibatalkan sendiri oleh parti berkenaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Ke mana hilangnya janji untuk memisahkan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan? Ke mana hilangnya janji untuk menentang rasuah, kleptokrat dan kluster mahkamah? Ke mana hilangnya segala formula dan janji manifesto yang masih belum ditunaikan? Sehingga hari ini, semuanya telah dilanggari oleh PH dan Anwar Ibrahim sendiri,” ujarnya.

Tambahnya, gelombang penolakan anak muda terhadap PH adalah disebabkan oleh faktor-tolakan (push factor) yang terbit daripada kesedaran mereka terhadap pembohongan, fitnah dan mungkir janji oleh PH. 

Selain itu, ia turut berpunca daripada budaya rasuah dan kluster mahkamah yang terpalit dalam parti BN. 

Dalam pada itu, katanya, gelombang sokongan anak muda terhadap PN dalam PRU15 pula adalah disebabkan faktor-tarikan (pull factor).

“Ia terhasil daripada kesedaran dan sokongan terhadap calon yang bersih, berintegriti serta berkebajikan yang ditawarkan oleh PN,” katanya.

Jelas Mohd Syahir, media sosial dan perang siber adalah ‘lubuk’ PH yang sarat dengan naratif fitnah sehingga anak muda beralih untuk mencari pencerahan di sebalik pembohongan ‘berskala besar’ ini.

“Sedarkah Lim Kit Siang, gelombang hijau yang membadai UMNO/BN dan PH dalam PRU15 sebenarnya adalah ‘Gelombang Kebangkitan’ yang mahu menolak ‘politik fitnah, politik bohong, dan politik rasuah’, dengan memilih politik pemulihan dan politik sederhana yang prihatin, bersih dan stabil. 

“Sedarkah Lim Kit Siang, yang dikatakan politik ‘pembohongan, ketakutan, dan kebencian’ sebenarnya dibawa oleh pihak PH, yang gagal melaksanakan segala janji manifesto, membawa pendekatan melampau dan budaya fitnah, malah menggagalkan sendiri ‘agenda reformasi’ yang dilaungkan selama ini,” ulasnya.

Mohd Syahir turut mengingatkan Kit Siang supaya menyedari realiti yang sebenar dan menyaksikan ‘dasar reformasi’ yang digagalkan sendiri oleh Anwar, PH dan sekutu baharunya. 

 

Sumber: Facebook Ahli Parlimen Bachok

Author