Connect with us

Terkini

Kenyataan Kit Siang bukan sahaja provokatif, bahkan ekstremis

Kenyataan Lim Kit Siang mengenai langkah perlu diambil bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara Islam sepenuhnya bukan sahaja bersifat provokatif bahkan ekstremis. 

Wartawan TMT

Published

on

Kenyataan Kit Siang bukan sahaja provokatif, bahkan ekstremis
Foto: Lim Kit SIang
  • Kenyataan Lim Kit Siang bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara Islam sepenuhnya bukan sahaja bersifat provokatif bahkan ekstremis. 
  • Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, ia juga adalah hasutan bagi membangkitkan isu perkauman dan perlu disiasat pihak berkuasa. 
  • Katanya, kenyataan itu jelas menunjukkan Kit Siang tidak memahami Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahkan menjadi ejen penyuntik Islamophobia.
  • “PN enggan membentuk kerajaan perpaduan kerana enggan berkompromi dengan kluster mahkamah.
  • “Iaitu sanggup mengabaikan kehendak rakyat yang menolak kerakusan pemimpin yang terpalit dengan rasuah,” kata Ahmad Tarmizi.

 

BANGI, 16 Jamadilawal 1444H, Ahad – Kenyataan Lim Kit Siang mengenai langkah perlu diambil bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara Islam sepenuhnya bukan sahaja bersifat provokatif bahkan ekstremis. 

Malah kenyataan veteran parti tamak haloba DAP itu yang menyebut langkah-langkah perlu diambil bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara Islam sepenuhnya dalam dua kali lagi Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2032 iaitu 10 tahun dari sekarang adalah tuduhan berat berniat jahat.

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, ia juga adalah hasutan bagi membangkitkan isu perkauman berasaskan agama dan perlu disiasat pihak berkuasa. 

Katanya, kenyataan itu jelas menunjukkan Kit Siang seorang yang tidak memahami Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menggariskan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan bahkan menjadi ejen penyuntik Islamophobia di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Jelas, tiada pembohongan seperti yang dicanangkan oleh beliau tetapi ketelusan pemimpin berjiwa rakyat seperti Presiden PAS, Pengerusi PN dan Menteri Besar Kedah menyebabkan rakyat terbuka bagi menerima dan akhirnya banyak kerusi UMNO dan Pakatan Harapan (PH) tumbang dengan majoriti yang sangat besar. 

“PN enggan membentuk kerajaan perpaduan bukan kerana membantah cadangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) seperti yang difitnah oleh PH dan BN, tetapi enggan berkompromi dengan kluster mahkamah yang disifatkan seperti ‘enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. 

“Iaitu sangat mementingkan diri sendiri dan sanggup menggadaikan prinsip keadilan serta mengabaikan kehendak rakyat yang menolak kerakusan pemimpin yang terpalit dengan rasuah,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Terdahulu, Kit Siang menerusi laman blognya berkata, kerajaan harus melaksanakan dasar-dasar reformasi dan program pembinaan semula negara bagi mencegah Malaysia tenggelam dalam ‘gelombang hijau’ PAS. 

Katanya, kerajaan harus mengambil pelajaran daripada PRU15 bagi mengelakkan demokrasi dirampas oleh politik ‘pembohongan, ketakutan, kebencian, perkauman dan agama’. 

Ahmad Tarmizi berkata, kemenangan besar PN dalam merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada PH dengan majoriti lebih 16,260 turut menterjemahkan penolakan dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan gabungan PH-BN yang tidak telus. 

Bahkan sanggup berkompromi sehinggakan terpaksa melantik kluster mahkamah menjawat jawatan penting dalam Kabinet demi kelangsungan kuasa mereka. 

Malah katanya, kemenangan di 74 kerusi Parlimen dalam ‘Gelombang PN Best’ ini menandakan suatu permulaan yang menggetarkan kerajaan PH dan BN sehingga terpaksa menyekat video pro-PN dalam media sosial seperti TikTok dan akhirnya menjerumuskan kerajaan PH dan BN ini sebagai sebuah rejim yang cakap tidak serupa bikin. 

“Ia juga tidak menjamin kebebasan media seperti yang dijanjikan bahkan bersifat ‘double standard’ apabila tiada tindakan sekatan dibuat bagi kenyataan provokatif penyokong PH dan BN di media sosial yang lain seperti di Twitter.

“Maka, ‘Gelombang PN Best’ membawa maksud kesejahteraan kepada rakyat secara menyeluruh tanpa mengira bangsa dan agama. 

“Pendekatan PAS yang menekankan aspek prinsip menjadikan ia wadah bagi memantapkan pegangan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

 

Sumber: Ismaweb

Author

Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending