Connect with us

Terkini

Kemiskinan haid, apa relevannya letak tuala wanita di tandas pejabat menteri?

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan membidas tindakan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa untuk meletakkan tuala wanita percuma di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pemula. 

Wartawan TMT

Published

on

Kemiskinan haid, apa relevannya letak tuala wanita di tandas pejabat menteri?
Foto: Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan
  • Ketua Penerangan Bersatu membidas tindakan Menteri Kesihatan untuk meletakkan tuala wanita percuma di KKM sebagai pemula. 
  • Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pemberian tuala itu sepatutnya diberikan kepada wanita yang tidak berkemampuan untuk membelinya.
  • “Tapi apa pula relevannya memulakan pemberian tuala wanita percuma di tandas pejabat menteri?
  • “Ini masalahnya bila Menteri Kesihatan PH-BN dari golongan kayangan. Langsung tidak faham siapa kumpulan sasaran program bantuan untuk rakyat miskin,” katanya.
  • Bagaimanapun, Wan Saiful turut memuji tindakan dan menyokong penyediaan tuala wanita percuma sebagai usaha menangani kemiskinan haid.

 

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan membidas tindakan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa untuk meletakkan tuala wanita percuma di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pemula. 

Menurutnya, pemberian tuala untuk memerangi kemiskinan haid itu sepatutnya diberikan kepada wanita yang tidak berkemampuan untuk membelinya.

“Tapi apa pula relevannya memulakan pemberian tuala wanita percuma di tandas pejabat menteri? yang memerlukan ialah golongan wanita tidak berkemampuan, bukannya mereka yang duduk di pejabat menteri. 

“Kalau menteri bagi kepada pegawai pejabat menteri yang makan gaji beri-ribu ringgit sebulan, itu salah guna kuasa. Takkan nak suruh warga berpendapatan rendah panjat ke tandas pejabat menteri? 

“Ini masalahnya bila Menteri Kesihatan PH-BN dari golongan kayangan. Langsung tidak faham siapa kumpulan sasaran program bantuan untuk rakyat miskin. Apalah malang nasib negara kita dapat Menteri Kesihatan kayangan macam ni,” katanya di Facebook pada Isnin. 

Pada Isnin, KKM bakal melaksanakan inisiatif tuala wanita percuma kepada wanita daripada golongan kurang berkemampuan dalam usaha memerangi kemiskinan haid.

Menurut Dr Zaliha, sebagai permulaan, inisiatif itu akan dilaksanakan di pejabatnya sendiri. 

Bagaimanapun, Wan Saiful turut memuji tindakan dan menyokong penyediaan tuala wanita percuma sebagai usaha menangani kemiskinan haid.

 

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending