Antarabangsa
Keadaan tidak sesuai untuk Muslim, Ahli politik dituduh buat kenyataan anti-India
Seorang ahli politik India dituduh mengeluarkan kenyataan anti-India selepas mengatakan bahawa suasana di negara itu tidak sesuai untuk orang Islam.
- Seorang ahli politik dituduh mengeluarkan kenyataan anti-India selepas mengatakan suasana di negara itu tidak sesuai untuk orang Islam.
- “Saya telah beritahu kepada kedua anak saya untuk mendapatkan kerja di luar negara, dan jika boleh, dapatkan kerakyatan di sana juga. Suasana di India sekarang tidak betul.- kata pemimpin kanan Parti Rashtriya Janata Dal (RJD), Abdul Bari Siddiqui.
- Disebabkan kenyataan itu, ia mendapat reaksi negatif daripada Setiausaha Agong OBC Parti Bharatiya Janata (BJP), Nikhil Anand tuntu agar Siddiqui dikenakan tuduhan menghasut kerana mengeluarkan kenyataan bersifat ‘anti-India’.
NEW DELHI, 26 Disember 2022 – Seorang ahli politik India dituduh mengeluarkan kenyataan anti-India selepas mengatakan bahawa suasana di negara itu tidak sesuai untuk orang Islam.
Dalam sebuah acara harian Urdu, pemimpin kanan Parti Rashtriya Janata Dal (RJD), Abdul Bari Siddiqui berucap mengenai kedua anaknya yang sedang menyambung pengajian di luar negara sekaligus mengatakan bahawa suasana di India tidak betul buat masa sekarang.
Katanya, “Saya telah beritahu kepada kedua anak saya untuk mendapatkan kerja di luar negara, dan jika boleh, dapatkan kerakyatan di sana juga. Suasana di India sekarang tidak betul.
Bagaimanapun, ia mendapat reaksi negatif daripada Setiausaha Agong OBC Parti Bharatiya Janata (BJP), Nikhil Anand yang menuntut agar Siddiqui dikenakan tuduhan menghasut kerana mengeluarkan kenyataan bersifat ‘anti-India’.
“Orang seperti Siddiqui sedang menjalankan agenda anti-nasional dan agama di bawah selindungan sekularisme. Mereka masih belum keluar dari budaya ghetto. Kenyataan Siddiqui mencerminkan ideologi RJD dan menunjukkan bagaimana RJD memainkan politik peredaan agama,” tegas Anand
Tambahnya, “Seseorang yang tidak percaya kepada negara dan Perlembagaannya sudah tentu seorang pengkhianat. Bos mana yang Siddiqui mahu gembirakan dengan kenyataan provokatif sedemikian? Lebih baik Siddiqui dan keluarganya pergi ke Pakistan.”
Lantaran itu, Siddiqui menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah kenyataan peribadi tanpa membabitkan nama parti politik yang dipimpinnya.
Sumber: Samudera
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia