Terkini
Isu ubat PrEP: Jangan pandang sisi negatif sahaja – pegawai KKM
Masyarakat tidak sewajarnya memandang negatif terhadap pemberian ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) seperti dakwaan ia menyumbang kepada peningkatan jumlah pengamal seks songsang dalam kalangan penggunanya.
- Ia perlu dilihat dalam sudut positif lain seperti berupaya menjadi ‘jalan pulang’ kepada mereka yang terlibat dengan gejala tersebut. – Ketua Sektor HIV/ Bahagian Kawalan (Penyakit) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Anita Suleiman
- “Cuba lihat dengan pandangan positif, dengan asbab adanya ubat PrEP ini, mereka datang kepada kita, bukankah ia dapat jadi satu platform untuk kita bantu mereka cegah atau kurangkan risiko daripada terkena sebarang jangkitan secara berperingkat.
- “Sebelum ini, kita juga ada perbincangan dengan pejabat mufti dan juga agamawan lain, sehingga membawa kepada kesimpulan hukum harus untuk kita menyediakan perkhidmatan tambahan menambah ubat PrEP demi menjaga kelangsungan ummah,”
SHAH ALAM – Masyarakat tidak sewajarnya memandang negatif terhadap pemberian ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) seperti dakwaan ia menyumbang kepada peningkatan jumlah pengamal seks songsang dalam kalangan penggunanya.
Sebaliknya Ketua Sektor HIV/ Bahagian Kawalan (Penyakit) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Anita Suleiman berkata, ia perlu dilihat dalam sudut positif lain seperti berupaya menjadi ‘jalan pulang’ kepada mereka yang terlibat dengan gejala tersebut.
“Kita terlalu menggambarkan ia sebagai satu perkara yang negatif yang mana ia dapat meningkatkan amalan songsang dalam kalangan penggunanya.
“Cuba lihat dengan pandangan positif, dengan asbab adanya ubat PrEP ini, mereka datang kepada kita, bukankah ia dapat menjadi satu platform untuk kita bantu mereka mencegah atau mengurangkan risiko daripada terkena sebarang jangkitan secara berperingkat.
“Ia akhirnya akan mewujudkan satu perubahan atau ‘jalan pulang’ buat mereka daripada gejala itu,” katanya dalam Program Wacana Sinar bertajuk PrEP: Tanggungjawab, pencegahan penyakit HIV yang dihoskan oleh Ismail Adnan pada Selasa.
Turut bergandingan sebagai panelis adalah Profesor Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Rafidah Hanim; Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dan Setiausaha Akademi Fiqh Islam Malaysia (AFHAM), Profesor Dr Irwan Mohd Subri.
Sementara itu, Anita menambah, KKM sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak agensi terutama jabatan agama berhubung maklumat dan penerangan berkaitan jangkitan HIV.
“Sebelum ini, kita juga ada perbincangan dengan pejabat mufti dan juga agamawan lain, sehingga membawa kepada kesimpulan hukum harus untuk kita menyediakan perkhidmatan tambahan menambah ubat PrEP demi menjaga kelangsungan ummah,” jelasnya.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia