Connect with us

Terkini

Hadi Awang wajar jadi ketua pembangkang bertaraf menteri – Pemuda Amanah Terengganu

Pemuda Amanah Terengganu mencadangkan agar Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilantik sebagai ketua pembangkang bertaraf menteri.

Wartawan TMT

Published

on

Hadi Awang wajar jadi ketua pembangkang bertaraf menteri - Pemuda Amanah Terengganu
Foto: Abdul Hadi Awang
  • Perkara itu wajar memandangkan PAS memenangi kerusi parlimen paling banyak pada PRU ke-15.
  • “Presiden PAS sosok terbaik menjawat jawatan ketua pembangkang Dewan Rakyat bertaraf menteri lengkap segala elaun dan kemudahan sewajarnya diperolehi.
  • “Abdul Hadi memiliki pengalaman ketua pembangkang yang cukup berkesan iaitu pada tahun 2002 sehingga 2004. 
  • “Kebijaksanaan presiden PAS sebagai ketua pembangkang pasti jadi cerminan wibawa menyeluruh PAS itu sendiri sebagai parti mewakili suara orang Melayu dan Islam terbanyak di Malaysia,” – Ketuanya Zamir Ghazali

Pemuda Amanah Terengganu mencadangkan agar Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilantik sebagai ketua pembangkang bertaraf menteri.

Ketuanya Zamir Ghazali berkata perkara itu wajar memandangkan PAS memenangi kerusi parlimen paling banyak pada PRU ke-15.

“Sudah pastinya, presiden PAS merupakan sosok terbaik untuk menjawat jawatan ketua pembangkang Dewan Rakyat bertaraf menteri lengkap dengan segala elaun dan kemudahan yang sewajarnya diperolehi.

“Abdul Hadi juga memiliki pengalaman sebagai ketua pembangkang yang cukup berkesan iaitu pada tahun 2002 sehingga 2004. 

“Kebijaksanaan presiden PAS sebagai ketua pembangkang pasti menjadi cerminan wibawa menyeluruh PAS itu sendiri sebagai parti yang mewakili suara orang Melayu dan Islam terbanyak di Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada PRU ke-15 lalu, PAS memenangi 49 parlimen sekali gus muncul sebagai parti paling ramai ahli Dewan Rakyat.

PAS antaranya berjaya menyapu bersih 25 parlimen di Terengganu, Kelantan dan Perlis dan 13 kerusi parlimen di Kedah.

Sumber : Malaysiakini

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending