Connect with us

Terkini

Dong Zong jangan jadi kurang ajar dan biadab – Veteran UMNO

Veteran UMNO kesal dengan sikap Dong Zong yang didakwa rakus dan biadab mendesak kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan memberi bantuan tetap tahunan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina. 

Wartawan TMT

Published

on

Dong Zong jangan jadi kurang ajar dan biadab – Veteran UMNO
Foto: Datuk Mustapha Yaakub
  • Veteran UMNO kesal dengan sikap Dong Zong yang didakwa rakus dan biadab mendesak kerajaan mengiktiraf Sijil UEC.
  • Tidak cukup dengan itu, pertubuhan berkenaan juga memohon kerajaan agar memberi bantuan tetap tahunan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina. 
  • Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Dong Zong tidak menghormati status kerajaan yang masih belum menubuhkan Kabinetnya.
  • “Kalau pun Dong Zong tidak sabar untuk menuntut janji dari PH, tunggulah sehingga Kabinet ditubuhkan. Jangan jadi kurang ajar dan tiada adab,” katanya.

 

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO kesal dengan sikap Dong Zong yang didakwa rakus dan biadab mendesak kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan memberi bantuan tetap tahunan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina. 

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, desakan Dong Zong itu langsung tidak menghormati status kerajaan yang masih belum menubuhkan Kabinetnya.

“Memang benar Pakatan Harapan (PH) menjanjikan untuk mengiktiraf UEC sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

“Tapi Dong Zong keliru apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan dan bukannya kerajaan PH. Jadi janji PH dalam manifestonya tidak semestinya ditunaikan. 

“Kalau pun Dong Zong tidak sabar untuk menuntut janji dari PH, tunggulah sehingga Kabinet ditubuhkan. Jangan jadi kurang ajar dan tiada adab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini media melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Dong Zong, Leong Seng Yee berkata, pihaknya akan bertemu Menteri Pendidikan yang baharu untuk mencadangkan supaya kerajaan mengiktiraf UEC. 

Mustafa menambah, Veteran UMNO berharap Dong Zong berhenti mempolitikkan isu sekolah Cina dan pengiktirafan terhadap UEC. 

Beliau mengingatkan negara ini mempunyai dasar pendidikan kebangsaan yang mesti dipatuhi oleh semua rakyat.

“Sikap seperti yang ditunjuk oleh Dong Zong itu menjadi penghalang kepada pencapaian dasar tersebut sekaligus menggagalkan hasrat kerajaan untuk mewujudkan penyatuan bangsa Malaysia melalui pendidikan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

 

Sumber: Malaysia Gazette

 

 

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending