Connect with us

Terkini

DAP mohon maaf, mengaku fitnah bekas ketua menteri Melaka

DAP dan bekas penolong setiausaha parti itu, Khoo Poay Tiong telah memohon maaf kepada Rahim Thamby Chik kerana memfitnah bekas ketua menteri Melaka itu dengan pelbagai skandal, empat tahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

DAP mohon maaf, mengaku fitnah bekas ketua menteri Melaka
Foto: Khoo Poay Tiong (kiri), Rahim Thamby Chik (kanan)
  • DAP dan bekas penolong setiausaha parti itu, Khoo Poay Tiong mohon maaf kepada Rahim Thamby Chik kerana fitnah bekas ketua menteri Melaka itu dengan pelbagai skandal, empat tahun lalu.
  • Penghakiman selesaikan tindakan sivil Rahim itu dicatatkan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee.
  • Khoo dan parti itu “memohon maaf tanpa syarat” dan padamkan artikel tersebut serta berjanji tidak menerbitkannya lagi atau buat sebarang dakwaan serupa.
  • Permohonan maaf itu juga perlu disiarkan di beberapa akhbar tempatan serta laman sosial Facebook defendan dalam tempoh 14 hari dari tarikh hari ini.
  • Rahim sebagai balasannya berjanji tarik balik saman sivil terhadap Khoo dan DAP.
  • Plaintif Rahim turut diberikan kos sebanyak RM180,000.

DAP dan bekas penolong setiausaha parti itu, Khoo Poay Tiong telah memohon maaf kepada Rahim Thamby Chik kerana memfitnah bekas ketua menteri Melaka itu dengan pelbagai skandal, empat tahun lalu.

Penghakiman untuk menyelesaikan tindakan sivil oleh Rahim itu dicatatkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee.

Ketika ditemui selepas prosiding mahkamah, pagi ini, peguam Rahim, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mengesahkan keputusan perkara itu. Peguam Ramkarpal Singh mewakili Khoo dan DAP.

Menurut salinan penghakiman persetujuan, Khoo dan DAP mengakui bahawa dakwaan yang terkandung dalam beberapa artikel adalah “tidak berasas dan tidak benar”, dan menyatakan kekesalan terhadap penerbitan itu.

Khoo dan parti itu “memohon maaf tanpa syarat” dan telah memadamkan artikel tersebut serta berjanji untuk tidak menerbitkannya lagi atau membuat sebarang dakwaan yang serupa.

Permohonan maaf itu juga perlu disiarkan di beberapa akhbar tempatan serta laman sosial Facebook defendan dalam tempoh 14 hari dari tarikh hari ini.

Rahim sebagai balasannya berjanji untuk menarik balik saman sivil terhadap Khoo dan DAP.

Kes saman fitnah itu sepatutnya mula dibicarakan hari ini.

Sebagai sebahagian daripada penghakiman persetujuan, plaintif Rahim turut diberikan kos sebanyak RM180,000.

Artikel-artikel yang didakwa memfitnah itu disiarkan di laman sesawang DAP. 

Pada 17 September 2020, Rahim memfailkan saman fitnah tersebut dengan menamakan Khoo yang juga adalah penolong setiausaha organisasi kebangsaan DAP; bekas pengerusi kebangsaan DAP, Tan Kok Wai, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo dan bekas setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng sebagai defendan pertama hingga keempat.

Sumber : Malaysiakini

 

 

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending