Connect with us

Antarabangsa

Bantah larangan sokong LGBT, Jerman ‘bungkus awal’ di Piala Dunia 2022

Memulakan kempen Piala Dunia 2022 dengan kontroversi membantah larangan FIFA untuk tidak mempolitikkan bola sepak, juara dunia empat kali, Jerman akhirnya terpaksa ‘bungkus awal’ selepas gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

Wartawan TMT

Published

on

Bantah larangan sokong LGBT, Jerman 'bungkus awal' di Piala Dunia 2022
Foto: Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman

QATAR – Memulakan kempen Piala Dunia 2022 dengan kontroversi membantah larangan FIFA untuk tidak mempolitikkan bola sepak, juara dunia empat kali, Jerman akhirnya terpaksa ‘bungkus awal’ selepas gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

Walaupun meraih kemenangan 4-2 ke atas Costa Rica semalam, gergasi bolasepak itu tersingkir seawal peringkat kumpulan buat kali kedua berturut-turut di kejohanan Piala Dunia.

Jerman berada di tangga ketiga Kumpulan E ekoran kemenangan Jepun 2-1 ke atas Sepanyol di Piala Dunia Qatar.

Jerman sebelum ini tewas kepada Jepun 1-2 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022, sebelum mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Sepanyol.

Namun keputusan akhir menyaksikan Jepun menamatkan aksi peringkat kumpulan sebagai juara kumpulan, sementara Sepanyol di tangga kedua. 

Di awal kejohanan Piala Dunia 2022, pasukan Jerman menunjukkan bantahannya kepada larangan FIFA supaya semua pasukan tidak mempolitikkan kejohanan sukan dunia itu dengan menghormati masyarakat dan budaya setempat.

Namun pasukan Jerman dengan angkuhnya bergambar sambil pemainnya menutup mulut sebagai tanda protes kepada larangan FIFA, antaranya lainnya pemain tidak dibenarkan memakai lilitan pelangi yang mewakili sokongan kepada kelompok LGBT+.

Qatar tidak mengiktiraf hubungan sejenis, malah perbuatan itu adalah perbuatan jenayah di negara Islam dengan budaya timur itu yang tegas mengikut resam masyarakat beragama. – The Merdeka Times

 

Sumber: Reuters

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending