Antarabangsa
[VIDEO] Mahkamah tertinggi India tuntut tindakan terhadap ucapan kebencian anti-Muslim
Mahkamah Agung India mengarahkan ketua polis dua negeri dan ibu kota New Delhi untuk mengambil tindakan terhadap ucapan kebencian, “tanpa mengira agama yang dianuti pelaku atau pembuat ucapan itu”.
![[VIDEO] Mahkamah tertinggi India tuntut tindakan terhadap ucapan kebencian anti-Muslim](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/11/video-mahkamah-tertinggi-india-tuntut-tindakan-terhadap-ucapan-kebencian-anti-muslim.jpg)
Mahkamah Agung India mengarahkan ketua polis dua negeri dan ibu kota New Delhi untuk mengambil tindakan terhadap ucapan kebencian, “tanpa mengira agama yang dianuti pelaku atau pembuat ucapan itu”.
Menurut mahkamah tertinggi negara itu, dasar sekular India mesti dipelihara dan dilindungi, manakala negara mesti mengambil tindakan untuk menghentikan ucapan kebencian.
Keputusan dibuat dua hakim Mahkamah Agung India pada akhir bulan lalu susulan petisyen yang difailkan seorang lelaki Islam, meminta mahkamah mengarahkan pihak berkuasa negeri mengambil tindakan terhadap ucapan kebencian yang meluas terhadap masyarakat Islam.
“Aduan dari petisyen itu adalah satu kesedihan dan kegusaran,” kata Hakim KM Joseph dan Hrishikesh Roy.
Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebelum itu dilapor menegur India berhubung rekod hak asasi manusianya.
“Sebagai ahli terpilih Majlis Hak Asasi Manusia, India mempunyai tanggungjawab untuk membentuk hak asasi manusia global, serta melindungi dan mempromosikan hak semua individu, termasuk ahli komuniti minoriti,” kata Guterres dalam ucapan di Mumbai semasa lawatan bulan lalu.
Sumber: TRT World
