Komuniti
Vape berperisa ganja, punca ramai pelajar sekolah pengsan?
Sejak kebelakangan ini, ramai budak-budak sekolah datang hospital sebab muntah-muntah, pening, jantung berdegup laju atau pengsan.

- Menerusi perkongsian seorang pegawai perubatan, Muhamad Na’im Ab Razak mengatakan rakan-rakannya yang bekerja di Jabatan Kecemasan hospital lain, turut menerima kes sama.
- “Bila tanya pelajar tersebut, ‘Apa yang jadi sebelum pengsan?”
- “Mereka cakap, ada kawan kenalkan perisa baru vape. Setelah digasak dengan persoalan, barulah mereka mengaku flavour dimaksudkan adalah ‘mushroom’ ataupun ‘ganja’
- “Mushroom atau magic mushroom dan shroom adalah bahan halusinogen dari jenis psilocybin yang bertujuan untuk mendatangkan rasa seronok melampau.”
KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini, ramai budak-budak sekolah datang hospital sebab muntah-muntah, pening, jantung berdegup laju atau pengsan.
Apa yang mengejutkan, apabila diselidiki para pelajar ini mengaku ia bermula apabila mereka menghisap vape berperisa ‘mushroom’ ataupun ‘ganja’.
Menerusi perkongsian seorang pegawai perubatan, Muhamad Na’im Ab Razak mengatakan bahawa rakan-rakannya yang bekerja di Jabatan Kecemasan hospital lain, turut menerima kes yang sama.
“Bila tanya pelajar tersebut, ‘Apa yang jadi sebelum pengsan?”
“Mereka cakap, ada kawan kenalkan perisa baru vape. Setelah digasak dengan persoalan, barulah mereka mengaku bahawa flavour dimaksudkan adalah ‘mushroom’ ataupun ‘ganja’
“Mushroom atau magic mushroom dan shroom adalah bahan halusinogen dari jenis psilocybin yang bertujuan untuk mendatangkan rasa seronok melampau,” tulis beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.
Katanya, sekalipun penggunaan bahan ini masih belum diketahui untuk kesan jangka masa panjang namun beliau tidak menolak kemungkinan besar ia berbahaya.
“Ganja yang digunakan dalam cecair vape pula tidak semestinya merujuk kepada marijuana.
“Walaupun ada cecair vape diletakkan dengan THC (yang merupakan bahan aktif dalam ganja), banyak juga produk tiruan yang menggunakan bahan kimia sintetik yang menghasilkan kesan seperti ganja,” katanya.
Tambahnya, ketika ini adalah budaya menormalisasikan penggunaan vape.
Malah, di ruangan komen beliau turut menceritakan bahawa terdapat kes di mana seorang perempuan yang pergi ke kelab malam lalu hisap vape serta minum alkohol sedikit terus berubah tingkah laku hingga pada akhirnya menjadi mangsa rogol.

Tangkap layar komen di hantaran Facebook seorang pegawai perubatan, Muhamad Na’im Ab Razak.
Berikutan perkongsian itu, terdapat pengguna Facebook menggesa agar penggunaan vape dan rokok diharamkan di Malaysia. Antara tangkapan layar di ruangan komen hantaran itu;

Tangkap layar komen di hantaran Facebook seorang pegawai perubatan, Muhamad Na’im Ab Razak.
Sumber : Facebook Muhamad Na’im Ab Razak

You must be logged in to post a comment Login