Connect with us

Ekonomi

Saham alkohol, judi susut di Bursa Malaysia

Prestasi cemerlang Pas yang tidak disangka-sangka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu, yang mencatat 49 kerusi Parlimen sekali gus menjadi parti Melayu paling dominan, dilihat mendorong penyusutan saham-saham berkaitan syarikat alkohol dan perjudian. 

Wartawan TMT

Published

on

Saham alkohol, judi susut di Bursa Malaysia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kemenangan Pas membolot 49 kerusi pada PRU15 lalu dilihat mendorong penyusutan saham berkaitan syarikat alkohol dan perjudian.
  • Saham pengendali kasino dan resort Genting Malaysia Bhd menjunam sebanyak 11 peratus, manakala Syarikat induknya Genting Bhd pula susut sebanyak peratus.
  • Pembekal peralatan loteri Sports Toto Bhd pula mencecah paras terendah sejak 1993.
  • Pembuat bir termasuk Heineken Malaysia Bhd dan Carlsberg Brewery Malaysia Bhd juga merosot. 
  • Penanda aras Indeks KLCI jatuh sebanyak 1.5 peratus di tengah-tengah kemerosotan yang lebih meluas di rantau ini, manakala ringgit lebih rendah 0.2 peratus berbanding dolar. 

 

KUALA LUMPUR: Prestasi cemerlang Pas yang tidak disangka-sangka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu, yang mencatat 49 kerusi Parlimen sekali gus menjadi parti Melayu paling dominan, dilihat mendorong penyusutan saham-saham berkaitan syarikat alkohol dan perjudian. 

Menurut laporan Bloomberg, saham pengendali kasino dan resort Genting Malaysia Bhd menjunam sebanyak 11 peratus, paling banyak dalam tempoh lebih dua tahun, di tengah-tengah penjualan yang lebih meluas dalam ekuiti negara. 

Syarikat induknya Genting Bhd pula susut sebanyak 10 peratus manakala pembekal peralatan loteri Sports Toto Bhd mencecah paras terendah sejak 1993.

Pembuat bir termasuk Heineken Malaysia Bhd dan Carlsberg Brewery Malaysia Bhd juga merosot. 

Kejayaan Pas di dalam pilihan raya itu menurut Bloomberg, boleh menjejaskan keyakinan pelabur kerana parti itu sebelum ini menggesa pelaksanaan undang-undang syariah tegas di negara ini.

Parti itu, yang memenangi 49 daripada 220 kerusi parlimen, adalah sebahagian daripada perikatan Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bergelut dengan Pakatan Harapan (PH) pimpinan pembangkang veteran Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan. 

Advertisement

Pas sebagai parti terbesar bermakna “mereka akan mengawal banyak penjanaan dasar dan pelaksanaan dasar kerajaan baharu” jika mereka menjadi sebahagian daripadanya, kata Oh Ei Sun, felo kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa di Singapura kepada Bloomberg. 

“Kerajaan pimpinan Islam biasanya akan cuba menjadikan demokrasi yang berfungsi sebelum ini menjadi tidak liberal, yang akan menjadi sangat mencabar bagi Malaysia,” tambahnya. 

Penanda aras Indeks KLCI jatuh sebanyak 1.5 peratus di tengah-tengah kemerosotan yang lebih meluas di rantau ini manakala ringgit lebih rendah 0.2 peratus berbanding dolar. 

Penganalisis menjangkakan lebih banyak penelitian terhadap syarikat `dosa’ jika blok yang diketuai oleh Muhyiddin mengambil alih kuasa memandangkan tindakan keras Pas sebelum ini terhadap pesta bir dan perjudian. 

“Prestasi pilihan raya yang kukuh oleh gabungan PN adalah satu kejutan dan kami menjangkakan risiko pengawalseliaan meningkat lebih tinggi terutamanya untuk sektor perjudian, kilang bir dan tembakau,” tulis penganalisis RHB Bank Alexander Chia dalam satu nota. 

Malaysia menyaksikan parlimennya yang pertama kali digantung pada pilihan raya Sabtu selepas tiada satu pun daripada tiga gabungan utama memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk majoriti. 

Advertisement

Muhyiddin dan seterunya Anwar sedang bergelut untuk mendapatkan undi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan. 

Mereka diberi satu hari lagi untuk mengukuhkan pakatan dan mengemukakan pilihan untuk perdana menteri selepas mereka melepasi tarikh akhir jam 2 petang semalam tanpa sebarang kemajuan dalam rundingan masing-masing. – DagangNews.com

 

Sumber: Astro Awani

Antarabangsa

43 peratus rakyat AS dakwa kewangan bertambah buruk di bawah Presiden Biden

Tinjauan menunjukkan 43 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) merasakan keadaan kewangan keluarga mereka lebih teruk di bawah pemerintahan Presiden Joe Biden berbanding dua tahun lalu. 

Wartawan TMT

Published

on

43 peratus rakyat AS dakwa kewangan bertambah buruk di bawah Presiden Biden
Foto: Presiden Joe Biden.
  • Menurut tinjauan, 43 peratus rakyat AS mendakwa keadaaan kewangan keluarga mereka lebih teruk di bawah Presiden Joe Biden berbanding dua tahun lalu.
  • Bagaimanapun, 39 peratus berkata, ia kekal sama dalam tempoh dua tahun lalu, manakala 18 peratus pula mendakwa ia lebih baik.
  • 20 peratus berkata,  keadaan kewangan bertambah buruk pada masa pilihan raya 2020 berbanding empat tahun sebelum Trump dipilih.

WASHINGTON – Tinjauan menunjukkan 43 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) merasakan keadaan kewangan keluarga mereka lebih teruk di bawah pemerintahan Presiden Joe Biden berbanding dua tahun lalu. 

Tinjauan diterbitkan ABC News-Washington Post mendapati isu kewangan meningkat dua kali ganda sejak Biden memegang jawatan tahun lalu, menggantikan Donald Trump.

Mereka mendakwa kedudukan kewangan keluarga bertambah buruk tetapi 39 peratus lagi berkata, ia kekal sama dalam tempoh dua tahun lalu, manakala 18 peratus pula mendakwa lebih baik. 

Hanya kira-kira 20 peratus berkata keadaan kewangan bertambah buruk pada masa pilihan raya 2020 berbanding empat tahun sebelum Trump dipilih, menurut tinjauan itu.

Dalam apa yang dipanggil ‘bencana’ untuk Parti Demokrat yang memerintah, inflasi mencapai paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun menjelang pilihan raya pertengahan penggal. 

Laporan yang diterbitkan bulan lalu mengenai inflasi menunjukkan harga di AS meningkat lebih daripada jangkaan awal. 

Data itu lebih buruk daripada apa yang dilihat kerana kerajaan mengecualikan makanan dan petrol daripada kadar inflasi rasmi. 

Advertisement

Rekod tertinggi itu didorong peningkatan keperluan lain seperti penginapan, rawatan perubatan dan pengangkutan.

Laporan itu menandakan berita buruk untuk Biden dan Parti Demokrat yang terdesak untuk mengekalkan kedudukan di Kongres.

Menurut Biden dalam satu kenyataan, inflasi adalah cabaran ekonomi utama dan beliau mempunyai rancangan untuk menurunkan kos penjagaan kesihatan dan tenaga.

Biden berkata rancangan Republikan adalah berbeza di mana mereka ingin meningkatkan kos ubat preskripsi, kos insurans kesihatan dan kos tenaga. 

“Pada masa sama memberikan lebih banyak pelepasan cukai kepada syarikat besar dan orang kaya. 

“Inilah perjanjiannya: memotong cukai korporat dan membenarkan farmasi besar menaikkan harga semula adalah rancangan inflasi Republikan dan ia adalah satu bencana,” kata Biden.

Advertisement

Sumber: Daily Times UK

 

 

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending