Connect with us

Terkini

‘Manifesto PN tiada janji iktiraf UEC, PH ada’ – Marzuki Mohamad

Dasar berbeza dalam manifesto Perikatan Nasional (PN) dengan Pakatan Harapan (PH) antara sebab kenapa gabungan yang memenangi 73 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu menolak daripada menyertai Kerajaan Perpaduan. 

Wartawan TMT

Published

on

‘Manifesto PN tiada janji iktiraf UEC, PH ada’ - Marzuki Mohamad
Foto: Datuk Marzuki Mohamad.
  • Dasar berbeza dalam manifesto PN dengan PH antara sebab kenapa PN menolak daripada menyertai Kerajaan Perpaduan. 
  • Perkara itu didedahkan bekas Pegawai Khas Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Marzuki Mohamad yang merujuk manifesto PN tidak mengiktiraf Sijil UEC.
  • Katanya, hanya manifesto PH yang berjanji untuk mengiktiraf UEC namun bukan dalam manifesto PN.
  • “Ada pihak mempertikaikan keputusan tidak menyertai kerajaan PH. Jawapannya mudah. Ini kerana PN dan PH mempunyai dasar berbeza,” katanya.
  • Ujarnya, kandungan buku teks untuk peperiksaan UEC di sekolah persendirian Cina juga mengandungi maklumat salah tentang agama dan budaya kaum lain.

KUALA LUMPUR – Dasar berbeza dalam manifesto Perikatan Nasional (PN) dengan Pakatan Harapan (PH) antara sebab kenapa gabungan yang memenangi 73 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu menolak daripada menyertai Kerajaan Perpaduan. 

Perkara itu didedahkan bekas Pegawai Khas Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Marzuki Mohamad yang merujuk manifesto PN tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

“Ada pihak mempertikaikan keputusan untuk tidak menyertai kerajaan pimpinan PH. Jawapannya mudah. Ini kerana PN dan PH mempunyai dasar yang berbeza. Dalam Manifesto PN tidak ada janji untuk mengiktiraf UEC tetapi dalam Manifesto PH ada janji tersebut. 

“Jadi, bagaimana keadaannya jika dua parti yang berada dalam kerajaan yang sama mempunyai dua dasar berbeza? Dasar mana hendak dipakai? Dasar parti A atau dasar parti B? 

“Stabilkah kerajaan itu apabila penyokong parti A desak supaya janji ditunaikan dan penyokong parti B desak jangan ditunaikan kerana ia bertentangan dengan dasar parti?” tanyanya menerusi hantaran Facebooknya.

Beliau yang merupakan bekas Setiausaha Sulit Muhyiddin menjelaskan, ketika berkhidmat dengan mantan Perdana Menteri kelapan, dasar kerajaan ketika itu tidak mengiktiraf UEC. 

Sebabnya, kata beliau, UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan pengajaran, kurikulum dan peperiksaannya ditadbir oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). 

“Mereka akan menentukan sendiri kurikulum, silibus dan buku teks yang diguna pakai. Ini adalah di luar kawalan dan pemantauan kerajaan.

“UEC juga tidak tertakluk kepada kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan dari segi pengajaran dan pembelajaran bahasa Kebangsaan, sejarah, budaya dan pembentukan identiti kebangsaan dalam pembinaan negara bangsa. 

“Ini berbeza dengan peperiksaan awam yang lain seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang dikelola oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Majlis Peperiksaan Malaysia yang patuh kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan,” katanya. 

Beliau menegaskan, dalam pertemuan antara Dong Zong dan Muhyiddin ketika itu, isu pengiktirafan UEC dibangkitkan. 

Katanya, jawapan Muhyiddin ketika itu mudah iaitu jika Dong Zong boleh menilai semula kurikulum, silibus dan buku teks yang diguna pakai agar selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, maka permintaan tersebut boleh dipertimbangkan. 

“Oleh kerana saya diminta melihat isu ini, saya telah meminta pegawai Kementerian Pendidikan untuk mengkaji kandungan buku teks yang diguna pakai di sekolah persendirian Cina yang melaksanakan peperiksaan UEC. 

“Saya agak terkejut melihat kandungan buku sejarahnya. Dalam bab budaya orang Melayu dipaparkan gambar orang-orang Melayu mengelilingi Kaabah ketika mengerjakan fardu haji di Mekah dengan memakai baju Melayu bersamping dan wanitanya berbaju kurung. 

“Lantas saya beristighfar. Inikah budaya masyarakat Melayu yang diajar kepada anak-anak di sekolah persendirian Cina? Sah mereka tidak memahami latar agama dan budaya masyarakat Melayu dengan mendalam,” katanya. 

Jelas Marzuki, bagaimana hendak memupuk semangat perpaduan dan inklusiviti dalam sebuah masyarakat majmuk sekiranya apa yang diajar kepada anak-anak mengenai agama dan budaya kaum lain pun salah? 

Beliau juga turut membelek beberapa helai muka surat buku tersebut dan membuat kesimpulan jika pun sijil UEC hendak diiktiraf oleh kerajaan, keseluruhan kurikulum, silibus dan buku teks itu mesti dinilai semula. 

“Malangnya, Dong Zong tidak mahu membuat apa-apa perubahan. Kerana itu UEC tidak diiktiraf untuk kemasukan ke universiti awam dan perkhidmatan awam. 

“Ketika itu, pengiktirafan UEC hanya terhad kepada kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) khusus untuk kursus bahasa Mandarin. Itu pun disyaratkan calon mesti mempunyai kelulusan SPM. 

“Ketika saya berada dalam kerajaan PH, isu UEC berbangkit lagi. Saya masih ingat seorang menteri DAP mempersoalkan kenapa sijil UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan? Saya menceritakan kepadanya pengalaman saya itu,” katanya. 

Namun, menteri terbabit menyatakan tidak adil UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan sedangkan sijilnya diiktiraf oleh universiti di luar negara. 

“Saya beritahu dia samalah dengan sijil Sekolah Agama Rakyat atau Sekolah Agama Negeri seperti Sijil Tinggi Ugama (STU). 

“Sijil ini diterima untuk kemasukan ke universiti-universiti di Timur Tengah, tetapi tidak diterima untuk kemasukan ke universiti-universiti awam di Malaysia. 

“Sehinggalah Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia diperkenalkan, barulah boleh digunakan untuk kemasukan ke IPTA tempatan,” katanya. 

Beliau turut mencadangkan model yang sama untuk UEC tetapi tidak mendapat maklum balas daripada menteri berkenaan sama ada setuju atau tidak. – MalaysiaGazette

Sumber: Malaysia Gazette

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending