Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah Agung India larang ‘ujian dua jari’ dalam kes rogol

Mahkamah Agung India melarang penggunaan “ujian dua jari” dalam kes rogol dan meminta kerajaan persekutuan serta negeri memastikan amalan itu dihentikan.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah Agung India larang ‘ujian dua jari’ dalam kes rogol
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • ‘Ujian dua jari’ melibatkan doktor memasukkan dua jari ke dalam faraj untuk menilai aktiviti seksual seorang wanita.
  • Mahkamah Agung India berkali-kali tidak bersetuju dengan penggunaa kaedah itu dalam kes rogol.
  • Kaedah itu dipercayai hanya akan mencederakan dan mengembalikan trauma mangsa rogol.
  • Mahkamah turut tidak bersetuju aktiviti seksual lampau mangsa diambil kira dalam penilaian kes rogol.

Mahkamah Agung India melarang penggunaan “ujian dua jari” dalam kes rogol dan meminta kerajaan persekutuan serta negeri memastikan amalan itu dihentikan.

Isnin lalu, panel dua hakim terdiri daripada Hakim DY Chandrachud dan Hakim Hima Kohli menyelar penggunaan berterusan kaedah itu walaupun mahkamah tertinggi berulang kali campur tangan dalam isu itu.

“Mahkamah ini berkali-kali tidak bersetuju dengan penggunaan ujian dua jari dalam kes rogol dan serangan seksual.

“Ujian ini tidak mempunyai asas saintifik. Sebaliknya, ia mencederakan semula wanita dan mengembalikan trauma mereka. Ujian dua jari tidak boleh dijalankan… Ujian itu berdasarkan andaian salah bahawa seorang wanita yang aktif secara seksual tidak boleh dikira dirogol,” kata penghakiman mahkamah itu dalam laporan LiveLaw dipetik Independent.

Penghakiman mahkamah itu dibuat serentak pembatalan keputusan mahkamah tinggi Telangana yang membebaskan kes rogol dan pembunuhan.

Dalam mengekalkan sabitan, mahkamah mengekalkan keputusan perbicaraan yang sebelum ini memutuskan tertuduh bersalah.

“Nilai probatif kesaksian wanita tidak bergantung pada sejarah seksualnya. Ia adalah patriarki dan seksis untuk mencadangkan bahawa seorang wanita tidak boleh dipercayai apabila dia menyatakan dirogol semata-mata kerana dia aktif secara seksual,” kata mahkamah itu.

Mahkamah turut mengarahkan semua kurikulum berkaitan ujian itu dikeluarkan daripada hospital kerajaan dan swasta.

Human Rights Watch menggambarkan ujian itu sebagai satu pencerobohan, memalukan dan tidak berperikemanusiaan.

Ia melibatkan doktor memasukkan dua jari ke dalam faraj untuk menilai kelonggarannya sebelum membuat kesimpulan sama ada wanita itu melakukan hubungan seks atau sebaliknya.

Sumber: Independent UK

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending