Connect with us

Terkini

KJ, Ismail Sabri perlu menang untuk UMNO berubah

Khairy Jamaluddin menyuarakan sokongannya kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melaksanakan pembaharuan dalam parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

KJ, Ismail Sabri perlu menang untuk UMNO berubah
Foto: Ismail Sabri Yaakob (kiri), Khairy Jamaluddin (kanan)
  • KJ berkata pentingnya untuk sampaikan mesej bahawa Ismail Sabri adalah calon BN jadi Perdana Menteri dan gelombang seterusnya digerakkan oleh calon muda UMNO, termasuk dirinya.
  • Katanya, kita punya bilangan calon muda kali pertama tak pernah dilihat jumlahnya sebelum ini yang saya fikir, kurang dilaporkan dan dihargai seperti Shahril Hamdan dan Khairul Azwan Harun, juga akan menyumbang kepada pembaharuan ini.
  • Menurutnya, pemimpin-pemimpin ini akan membawa lebih kedinamikan, akauntabiliti dan integriti kepada UMNO, yang akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti dan meyakinkan mereka mengenai kestabilan UMNO.
  • Ujarnya, penting bagi beliau dan Ismail Sabri untuk menang dalam PRU15, sebelum boleh melakukan perubahan.

KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin menyuarakan sokongannya kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melaksanakan pembaharuan dalam parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh berkata, penting untuk menyampaikan mesej bahawa Ismail Sabri adalah calon BN untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau akan berada di tampuk perubahan sekali gus mengetuai pembaharuan dalam UMNO dan perubahan pemimpinnya.

“Saya berharap boleh berada bersama-sama untuk menyokongnya,” katanya seperti dilapor portal berita FMT, hari ini.

Khairy berkata, gelombang seterusnya akan digerakkan oleh calon muda UMNO, termasuk dirinya yang akan memainkan peranan penting dalam kepimpinan parti.

“Kita mempunyai bilangan calon muda kali pertama yang tak pernah dilihat jumlahnya sebelum ini yang saya fikir, kurang dilaporkan dan dihargai.

“…dan individu lain dalam generasi saya, seperti Shahril Hamdan dan Khairul Azwan Harun, juga akan menyumbang kepada pembaharuan ini,” katanya.

Pemimpin-pemimpin ini akan membawa lebih kedinamikan, akauntabiliti dan integriti kepada UMNO, yang akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti dan meyakinkan mereka mengenai kestabilan UMNO.

“Terdapat keyakinan yang luar biasa dalam kalangan akar umbi dan rakan sekerja saya untuk melihat pembaharuan ini,” katanya.

Khairy menggesa pengundi supaya memberi peluang kepada calon muda kali pertama ini untuk menunjukkan mereka boleh berkhidmat dengan baik kepada rakyat.

Katanya, penting bagi beliau dan Ismail Sabri untuk menang dalam PRU15, sebelum boleh melakukan perubahan.

Minggu lalu, Khairy berkata, ramai pemimpin dalam UMNO takut untuk bangkit dan meminta perubahan kerana ahli parti perlu mengekalkan disiplin hingga pilihan raya selesai.

Beliau mahu melihat pembaharuan dalam partinya dan memenangi semula hati bekas penyokong.

Sumber : Berita Harian

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending