Connect with us

Terkini

Kes baharu Covid-19 naik 57%, jumlah kematian meningkat 45%

Jumlah kes baharu Covid-19 meningkat minggu lalu sebanyak 57.3 peratus kepada 26,616 daripada 16,917 yang direkodkan minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. 

Wartawan TMT

Published

on

Kes baharu Covid-19 naik 57%, jumlah kematian meningkat 45%
Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
  • Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 26,616 daripada 16,917 kes baharu Covid-19 meningkat pada minggu lalu.
  • Bilangan kemasukan ke hospital meningkat sebanyak 26.1 peratus bagi setiap populasi 100,000 berbanding minggu sebelumnya. 
  • “Penggunaan katil untuk kes tidak kritikal meningkat sebanyak 8 peratus, manakala penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) meningkat sebanyak 4 peratus,” kata Noor Hisham.
  • Kemasukan bagi pesakit Kategori 3, 4 dan 5 ke hospital kerajaan juga meningkat sebanyak 37.4 peratus. Hisham berkata ketika ini terdapat 33,449 kes aktif. 
  • “Jumlah kematian meningkat 45 peratus dari 20 kes kepada 29, menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 36,493 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

PETALING JAYA: Jumlah kes baharu Covid-19 meningkat minggu lalu sebanyak 57.3 peratus kepada 26,616 daripada 16,917 yang direkodkan minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. 

Berdasarkan kemaskini terbaru untuk minggu berakhir 5 November, Hisham berkata ia turut menunjukkan peningkatan jumlah kemasukan ke hospital dan pusat kuarantin.

Bilangan kemasukan ke hospital meningkat sebanyak 26.1 peratus bagi setiap populasi 100,000 berbanding minggu sebelumnya. 

Penggunaan katil untuk kes tidak kritikal meningkat sebanyak 8 peratus, manakala penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) meningkat sebanyak 4 peratus. 

Kemasukan bagi pesakit Kategori 3, 4 dan 5 ke hospital kerajaan juga meningkat sebanyak 37.4 peratus. Hisham berkata ketika ini terdapat 33,449 kes aktif. 

“Kes pulih meningkat 53.5 peratus daripada 13,495 kepada 20,718. 

“Jumlah kematian meningkat 45 peratus dari 20 kes kepada 29, menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 36,493 kes,” katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau berkata, 4,923,538 kes Covid-19 direkodkan dalam negara sejak Januari 2020.

Sumber: Free Malaysia Today

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending