Antarabangsa
China hadapi wabak virus baru lima tahun selepas krisis Covid
- China sedang berdepan dengan wabak metapneumovirus manusia (HMPV), lima tahun selepas pandemik Covid-19, lapor NDTV.
- Laporan dan siaran media sosial menunjukkan virus itu merebak dengan cepat dengan sesetengah pihak mendakwa hospital dan tempat pembakaran mayat telah dibanjiri.
- Video dikongsi dalam talian menunjukkan hospital yang sesak, dengan sesetengah pengguna mengatakan bahawa pelbagai virus, termasuk influenza A, HMPV, Mycoplasma pneumoniae dan Covid-19, sedang menular.
- Malah terdapat dakwaan bahawa China telah mengisytiharkan darurat, walaupun perkara itu belum disahkan.
- Siaran media sosial pengendali X dikenali sebagai ‘SARS-CoV-2 (Covid-19)’ menulis, “China menghadapi lonjakan dalam pelbagai virus, termasuk Influenza A, HMPV, Mycoplasma pneumoniae dan Covid-19, membanjiri hospital dan krematorium (tempat pembakaran mayat)”.
China sedang berdepan dengan wabak metapneumovirus manusia (HMPV), lima tahun selepas pandemik Covid-19, lapor NDTV.
Laporan dan siaran media sosial menunjukkan virus itu merebak dengan cepat dengan sesetengah pihak mendakwa hospital dan tempat pembakaran mayat telah dibanjiri.
Video dikongsi dalam talian menunjukkan hospital yang sesak, dengan sesetengah pengguna mengatakan bahawa pelbagai virus, termasuk influenza A, HMPV, Mycoplasma pneumoniae dan Covid-19, sedang menular.
Malah terdapat dakwaan bahawa China telah mengisytiharkan darurat, walaupun perkara itu belum disahkan.
HMPV diketahui menyebabkan simptom seperti selesema dan boleh menunjukkan simptom serupa dengan Covid-19.
Pegawai kesihatan dilaporkan sedang memantau dengan teliti keadaan semasa virus itu merebak.
Siaran media sosial pengendali X dikenali sebagai ‘SARS-CoV-2 (Covid-19)’ menulis, “China menghadapi lonjakan dalam pelbagai virus, termasuk Influenza A, HMPV, Mycoplasma pneumoniae dan Covid-19, membanjiri hospital dan krematorium (tempat pembakaran mayat)”.
Hospital kanak-kanak pula dilaporkan menerima peningkatan radang paru-paru dan kes “paru-paru putih”.
Sementara itu, laporan agensi berita Reuters mengatakan pihak berkuasa kawalan penyakit China pada Jumaat berkata ia sedang menjalankan sistem pemantauan untuk radang paru-paru yang tidak diketahui asalnya, dengan kes beberapa penyakit pernafasan dijangka meningkat sepanjang musim sejuk. – The Merdeka Times