Connect with us

Antarabangsa

Gambarkan Kerala sebagai negara pengganas, wartawan India mahu filem ‘The Kerala Story’ diharamkan

Video teaser filem ‘The Kerala Story’ ditayangkan awal bulan ini menimbulkan kontroversi kerana menggambarkan Kerala sebagai sebuah ‘negara pengganas’.

Wartawan TMT

Published

on

Gambarkan Kerala sebagai negara pengganas, wartawan India mahu filem ‘The Kerala Story’ diharamkan
  • Seorang wartawan berpangkalan di Tamil Nadu, Aravindakshan BR, menghantar surat kepada Kementerian Penerangan India dan Pengerusi Lembaga Pensijilan Filem India, Prasoon Joshi supaya mengharamkan filem ‘The Kerala Story’.
  • Ia susulan tayangan teaser filem ‘The Kerala Story’ awal bulan ini menggambarkan Kerala sebagai sebuah  ‘negara pengganas’.
  • Filem, yang didakwa berdasarkan kisah benar itu, memaparkan kira-kira 32,000 wanita dari selatan Kerala, memeluk Islam dan menyertai Islamic State (IS) dalam dekad lalu.
  • Aravindakshan BR berkata filem itu perlu diharamkan kecuali penerbit memberikan bukti mengenai dakwaan dalam filem itu.

INDIA – Video teaser filem ‘The Kerala Story’ ditayangkan awal bulan ini menimbulkan kontroversi kerana menggambarkan Kerala sebagai sebuah ‘negara pengganas’.

Filem, yang didakwa berdasarkan kisah benar itu, memaparkan kira-kira 32,000 wanita dari selatan Kerala, kini diperintah parti komunis, memeluk Islam dan menyertai Islamic State (IS) dalam dekad lalu.

Seorang wartawan berpangkalan di Tamil Nadu, Aravindakshan BR, menghantar surat kepada Kementerian Penerangan India dan Pengerusi Lembaga Pensijilan Filem India, Prasoon Joshi supaya mengharamkan filem itu kecuali penerbit memberikan bukti mengenai dakwaan dalam filem itu.

Filem ‘The Kerala Story’ diarahkan Sudipto Sen dan diterbitkan Vipul Amrutlal Shah.

“Jika filem The Kerala Story ditayangkan di pawagam atau platform OTT dengan maklumat palsu, ia akan membawa kesan buruk kepada masyarakat.

“Filem ini bertentangan dengan perpaduan dan kedaulatan India serta mencemarkan kredibiliti semua agensi perisikan India.

“Oleh itu, polis Kerala harus menghubungi Sudipto Sen… dan menyiasat laporan agensi perisikan India yang berdasarkan filem itu,” katanya dipetik Independent dalam laporannya hari ini.

Dalam teaser filem itu, pelakon Adah Sharma, yang melakonkan watak sebagai Shalini Unnikrishnan, ingin menjadi jururawat dan berkhidmat kepada masyarakat tetapi memeluk Islam sebelum menjadi pengganas.

Sumber: Independent 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending