Connect with us

Antarabangsa

12 individu ditangkap kerana menukar agama secara paksa di Karnataka, India

Sekurang-kurangnya 12 individu ditangkap kerana cuba menukar agama suku kaum di Kanakapura Taluk daerah Ramnagar, India pada Selasa lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

12 individu ditangkap kerana menukar agama secara paksa di Karnataka, India
Foto: Sumber DH File Photo.
  • 12 individu ditangkap kerana cuba menukar agama suku kaum di Kanakapura Taluk daerah Ramnagar, India pada Selasa lalu.
  • Polis tempatan membuat serbuan selepas menjalankan satu siasatan khusus.
  • Ketika serbuan, 12 individu itu sedang membuat persiapan untuk melakukan penukaran agama secara besar-besaran puak Hindu di wilayah itu.
  • Kes itu masih dalam siasatan polis.

Sekurang-kurangnya 12 individu ditangkap kerana cuba menukar agama suku kaum di Kanakapura Taluk daerah Ramnagar, India pada Selasa lalu.

Menurut polis tempatan, serbuan dilakukan selepas satu siasatan khusus dilakukan sepasukan anggotanya.

Ketika serbuan, 12 individu yang ditahan sedang membuat persiapan untuk melakukan penukaran agama secara besar-besaran puak Hindu di wilayah itu.

Siasatan awal mendapati ramai individu berasal dari Chikkamuduwadi Tandya diletakkan di sebuah rumah di pekan Kanakapura.

Hindutva Watch melaporkan insiden itu masih dalam siasatan polis.

Sejak sekian lama, aktivis Hindu mendakwa aktiviti penukaran agama secara paksa di wilayah itu dilakukan mubaligh Kristian.

Terdahulu, terdapat percubaan membina patung Jesus tertinggi di dunia di Kapalabetta, Kanakapura Taluk.

Aktivis Hindu mendakwa Presiden Kongres negeri, DK Shivakumar menyokong pembinaan itu untuk menarik perhatian bekas Presiden AICC, Sonia Gandhi di kawasannya.

Bajrang Dal, Vishwa Hindu Parishad (VHP), dan organisasi Hindu lain mengumumkan bantahan terhadap pembinaan patung Yesus Kristus di Kapalabetta itu.

Susulan itu, Mahkamah Tinggi Karnataka mengeluarkan perintah penangguhan kerja pembinaan dan mengeluarkan arahan tiada kerja boleh dijalankan tanpa kebenaran.

Sumber: Hindutva Watch

Author