Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Muslim disebat di khalayak ramai akibat lempar batu menentang perayaan Hindu berdekatan masjid

Sembilan orang Islam telah disebat secara terbuka oleh anggota polis di negeri Gujarat di barat India ekoran didakwa telah melempar batu semasa acara tarian perayaan Hindu, atau Garba yang difahamkan diadakan berhampiran masjid.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] Muslim disebat di khalayak ramai akibat lempar batu menentang perayaan Hindu berdekatan masjid
Foto: Tangkapan skrin dari video tersebut.

INDIA – Sembilan orang Islam telah disebat secara terbuka oleh anggota polis di negeri Gujarat di barat India ekoran didakwa telah melempar batu semasa acara tarian perayaan Hindu, atau Garba yang difahamkan diadakan berhampiran masjid.

Selepas polis menahan mereka ekoran dakwaan tersebut, mereka bukan dibawa ke mahkamah sebaliknya di bawa ke kampung dan dijatuhi hukuman sebatan seperti di video yang tular.

Dalam satu video dimuat naik akaun Instagram @aljazeeraenglish kelihatan beberapa orang lelaki Islam telah diikat pada tiang dan disebat dengan rotan secara terbuka oleh polis yang terlihat tidak berpakaian berseragam.

Video tersebut menjadi tular di media sosial hingga mendapat kritikan daripada ahli politik dan aktivis hak sivil.

Dalam kejadian tersebut, terdengar juga sorakan daripada penduduk tempatan yang dilaporkan telah melaungkan slogan agama.

Sumber :TRT World

 

 

Author