Connect with us

Terkini

Usah sebar maklumat palsu babit unsur raja, agama, dan kaum – SKMM

Pengguna media sosial diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta membuat kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur ‘3R’ iaitu raja (royalty) agama (religion) dan kaum (race) dengan tujuan untuk menyakiti pihak.

Wartawan TMT

Published

on

Usah sebar maklumat palsu babit unsur raja, agama, dan kaum - SKMM
  • Pengguna media sosial diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta membuat kenyataan jelik.
  • Kenyataan jelik itu membabitkan unsur 3R’ iaitu raja (royalty) agama (religion) dan kaum (race) dengan tujuan untuk menyakiti pihak.
  • Sebarang perkongsian kandungan seperti itu adalah dibawah kesalahan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

SHAH ALAM – Pengguna media sosial diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta membuat kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur ‘3R’ iaitu raja (royalty) agama (religion) dan kaum (race) dengan tujuan untuk menyakiti pihak.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) berkata, sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam itu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Sabit kesalahan katanya, individu terlibat boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

“Susulan pengumuman oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung tarikh Pilihan Raya Umum negara yang ke-15 (PRU-15), SKMM ingin mengingatkan semua pihak, terutamanya pengguna media sosial, agar sentiasa menjaga kesopanan, bertolak ansur serta tatasusila ketika memberikan pandangan dan membuat sebarang ulasan.

Pihak SKMM akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R.

“Tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada secara telus demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai boleh melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R di media sosial terus kepada MCMC melalui portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.skmm.gov.my/.

Selain itu katanya, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau melaporkan berita palsu melalui pautan https://sebenarnya.my/salur/.

Pada Khamis, SPR menetapkan 19 November depan sebagai hari pengundian PRU15 serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) N66 Bugaya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut mengumumkan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November.

Jangan sebar maklumat tidak sahih, sentuh unsur 3R: SKMM

Sumber: Sinar Harian 

 

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending