Terkini
Tiada siapa di Malaysia minta China untuk dapatkan Jho Low
Malaysia tidak membuat sebarang permohonan kepada China bagi membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terbabit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari negara itu.
- Malaysia tidak membuat sebarang permohonan kepada China bagi membawa pulang ahli perniagaan buruan, Jho Low yang terlibat 1MDB.
- Memetik sumber dalam kerajaan China, tiada pihak di Malaysia yang benar-benar meminta China untuk mengembalikan Jho Low.
- Tiada sebarang permohonan dari pihak berkuasa seperti polis, pejabat Peguam Negara, unit rasuah asing bagi mendapatkan Jho Low.
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak membuat sebarang permohonan kepada China bagi membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terbabit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari negara itu.
Perkara itu didedahkan penulis bersama buku ‘Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and the World’, Bradley Hope menerusi episod kelima program ‘Di Mana Jho Low’ yang disiarkan di platform aplikasi video YouTube hari ini.
Memetik sumber dalam kerajaan China, katanya tiada pihak di Malaysia yang benar-benar meminta China untuk mengembalikan Jho Low, walaupun laporan sebelum ini dinyatakan sudah ada usaha mendapatkan ahli perniagaan itu.
Hope memaklumkan berdasarkan maklumat sumber dalaman kerajaan China, tiada sebarang permohonan dikemukakan pihak berkuasa sama ada polis, pejabat Peguam Negara, unit rasuah asing bagi mendapatkan ahli perniagaan dalam pelarian itu.
“Perkara paling menarik yang saya diberitahu sumber itu adalah dikatakan kepada saya ialah tiada siapa di Malaysia – sama ada polis, Jabatan Peguam Negara (AGC), unit rasuah asing – tiada siapa yang meminta China untuk Jho Low.
“Jadi, walaupun apa yang anda dengar secara terbuka, kononnya kami sedang mencari Jho Low, (namun) orang ini (sumber) menyatakan, tiada siapa di Malaysia yang mencari Jho Low.
“Penjelasan mereka adalah pada asasnya, terdapat terlalu ramai orang berkuasa di Malaysia yang berkaitan dengan Jho Low yang belum benar-benar diterokai sepenuhnya – wang yang mereka terima, kaitan hubungan mereka.
“Tiada sesiapa di Malaysia yang benar-benar mahukan Jho Low kembali. Apa yang dilakukannya satu ‘ledakan’ terlalu besar, semua yang dia lakukan dan tahu boleh menjejaskan di Malaysia,” kata Hope dalam video berdurasi 12 setengah minit yang disiarkan di Youtube hari ini.
Wright dan Hope melancarkan saluran Youtube melalui Project Brazen pada 31 Ogos lalu, selepas melancarkan kempen untuk membongkar lebih lanjut mengenai Jho Low selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan.
Dalam siri pertama Youtube itu, kedua-dua penulis mendedahkan mendapat maklumat Jho Low berada di China dengan gambar ahli perniagaan itu dilihat berada di pusat perjudian di negara itu.
Wright berkata dengan pendedahan itu sudah pasti rakyat Malaysia “sangat marah” kerana tiada pihak yang menuntut atau membuat tindakan lanjut mengenainya.
Dalam video hari ini, Hope mendakwa sumbernya juga memberitahu Jho Low mempunyai “perjanjian jelas” dengan Beijing untuk diberikan kebebasan bergerak dan tiada campur tangan dari negara asing ketika beliau berada di China.
Wright dan Hope mendakwa Jho Low mendapat perlindungan daripada China kerana terbabit dalam projek inisiatif ‘Belt and Road’ di China ketika era pentadbiran Najib.
Kedua-duanya juga mendakwa bahawa Jho Low kini menetap di tanah besar China sejak Najib jatuh dari tampuk kuasa, malah keluarganya yang berasal dari Pulau Pinang kini berpangkalan di Hong Kong.
“Jadi semua aset mereka dan segalanya kini berada di Hong Kong dan mereka kini penduduk Hong Kong. Mereka menjalani kehidupan seperti biasa di Hong Kong,” kata Hope.
Sebelum ini dilaporkan China berulang kali menafikan dakwaan bahawa mereka melindungi Jho Low.
Pada awal September, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengulangi komitmen pasukan keselamatan untuk terus mengesan ahli perniagaan dalam buruan itu dan membawanya ke muka pengadilan.
Beliau juga menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Jho Low menghubungi pihak polis.
Difahamkan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion diselewengkan daripada dana 1MDB oleh Jho Low dan beberapa pegawai peringkat tinggi yang menguruskan dana itu serta sekutu mereka.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba mengesan dan membawanya pulang ke negara ini, namun usaha pihak berkuasa itu setakat ini masih belum berhasil.
Jho Low berdepan saman AS$3.78 bilion atau RM16.82 bilion yang difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya.
Dengan pihak berkuasa Malaysia terus mencarinya, dia dilaporkan menawarkan penyelesaian tetapi Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan perkara itu ditolak.
Laporan berita yang memetik sumber, mendakwa bahawa Jho Low menawarkan RM1.5 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan pertuduhan terhadapnya.
Sementara itu, dilaporkan seorang pegawai kanan polis mengesahkan nama Jho Low tiada dalam senarai Notis Merah Interpol kerana jenayahnya tidak dilihat sebagai mengancam nyawa atau keselamatan awam.
Menurut sumber polis, pihaknya sedang mencuba sedaya upaya untuk mengesan Jho Low dan membawanya ke muka pengadilan.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina