Ekonomi
Sektor kewangan Islam perlu tingkatkan kemajuan susulan cabaran global – BNM
Sektor kewangan Islam masih belum merealisasikan potensi penuh kewangan berasaskan nilai untuk memenuhi keperluan ekonomi dan sosial kontemporari, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

- Sektor kewangan Islam masih belum merealisasikan potensi penuh kewangan berasaskan nilai untuk memenuhi keperluan ekonomi dan sosial kontemporari.
- Ini juga menunjukkan terdapat keperluan berterusan untuk memupuk penghayatan nilai asas syariah dalam kalangan peserta pasaran.
- Banyak institusi kewangan, konvensional dan Islam masih belum melakukan perubahan penting ke atas cara mereka beroperasi. – BNM
KUALA LUMPUR – Sektor kewangan Islam masih belum merealisasikan potensi penuh kewangan berasaskan nilai untuk memenuhi keperluan ekonomi dan sosial kontemporari, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Justeru, beliau berkata, ini juga menunjukkan terdapat keperluan berterusan untuk memupuk penghayatan nilai asas syariah dalam kalangan peserta pasaran serta manifestasinya dalam penyelesaian, perkhidmatan dan tatalaku kewangan.
“Banyak institusi kewangan, konvensional dan Islam masih belum melakukan perubahan penting ke atas cara mereka beroperasi dan menjalankan perniagaan untuk menyampaikan sepenuhnya kewangan berasaskan nilai.
“Lima tahun sejak pelancaran inisiatif VBI (perantaraan berasaskan nilai) pada 2017, kebanyakan ahli Komuniti Pengamal hanya berada pada fasa ‘kemunculan’ bagi pelaksanaan,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Forum Islam Global 2022 pada Rabu.
Beliau berkata, VBI menjadi lebih kukuh dari segi tujuan nilai korporat dan strategi perniagaan institusi kewangan Islam, namun kewangan berasaskan nilai sebaliknya pula masih di peringkat awal.
Nor Shamsiah berkata usaha untuk mempelbagaikan modal berasaskan nilai seperti pendanaan usaha niaga baharu dan hasil sejajar dengan VBI lain adalah jauh daripada realisasi penuh.
“Hanya 4.2 peratus daripada akaun pelaburan yang melibatkan bank-bank Islam sebagai perantara, sesuai untuk membiayai transformasi seperti dalam menyediakan modal pertumbuhan untuk industri masa depan atau model perniagaan baharu.
“Sistem kewangan Islam juga belum memanfaatkan sepenuhnya rangkaian luas kontrak syariah dalam aplikasi kewangan hari ini,” ujarnya.
Beliau berkata, kontrak kebajikan, kontrak perkongsian risiko dan kontrak berasaskan aset lain masih belum digunakan sepenuhnya untuk menawarkan spektrum pendanaan, pelaburan dan penyelesaian perlindungan yang lebih luas.
Sumber: Bernama
Ekonomi
TIN, e-invois kurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa GST
Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

- Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.
- Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
- “Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.
- “E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya kepada BH.
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Beliau mengakui pelaksanaan GST dalam tempoh 2015 hingga 2018 berjaya mengurangkan ekonomi bayangan sebanyak 10 peratus berbanding kira-kira 30 peratus sebelum itu.
“Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.
“E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Ini untuk elak ekonomi gelap bercambah dalam sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya kepada BH.
Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bersetuju menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.
Sementara itu, pembayar cukai mengikut kategori pendapatan selainnya akan dibuat secara berfasa dengan sasaran pelaksanaan menyeluruh mulai 1 Julai 2025.
TIN akan diperluas penggunaannya untuk menyokong pelaksanaan e-invois supaya ia dapat melebarkan lagi jaringan pembayar cukai susulan pematuhan cukai secara sukarela yang seterusnya mengurangkan ketirisan hasil.
Dalam Belanjawan 2024, kutipan hasil kerajaan pada 2024 dijangka menyaksikan peningkatan kepada RM307.6 bilion berbanding RM303.2 bilion tahun ini.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 bilion berikutan hasil inisiatif dijalankan kerajaan bermula tahun ini seperti subsidi bersasar elektrik yang dapat menjimatkan RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion.
Katanya, subsidi dan bantuan sebanyak RM81 bilion untuk 2023 adalah terlalu tinggi, maka subsidi bersasar wajar dilaksanakan pada 2024.
“STR sudah ditambah baik. Jumlah penerima STR adalah seramai sembilan juta atau 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.
“Peruntukan ditingkatkan daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion, yang mana kadar maksimum ditingkatkan daripada RM3,100 kepada RM3,700. Kadar minimum untuk golongan bujang juga ditingkatkan daripada RM350 kepada RM500,” katanya.
Ahmad berkata, kerajaan turut memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam MyKad 200,000 penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.
Beliau berkata, SARA akan diperluaskan kepada 700,000 penerima yang akan menerima RM100 sebulan untuk 12 bulan.
“Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk meneruskan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk meningkatkan lebih ramai rakyat miskin tegar bagi mengikuti program IPR bagi menambah pendapatan mereka,” katanya.
Sumber: Berita Harian
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel