Connect with us

Antarabangsa

Polis roboh rumah tiga lelaki Muslim kerana dituduh baling batu

Polis Madhya Pradesh bertindak merobohkan rumah tiga lelaki Muslim yang terlibat dalam pertikaian membabitkan dua kumpulan ketika acara Garba berlangsung di daerah Mandsaur, India. 

Wartawan TMT

Published

on

Polis roboh rumah tiga lelaki Muslim kerana dituduh baling batu
  • Polis Madhya Pradesh merobohkan rumah tiga lelaki Muslim ketika acara Garba berlangsung di daerah Mandsaur, India. 
  • Sembilan belas orang didakwa terlibat dalam pergaduhan yang berlaku pada 2 Oktober malam di Kampung Surjani, India. 
  • Pertikaian didakwa berlaku ketika seorang lelaki bernama Salman dan sekutunya bertindak membaling batu di acara itu sehingga mencederakan seorang wanita.
  • Media melaporkan perkara itu dengan menyalahkan lelaki Muslim, tetapi tidak menjelaskan punca pertikaian.

NEW DELHI – Polis Madhya Pradesh bertindak merobohkan rumah tiga lelaki Muslim yang terlibat dalam pertikaian membabitkan dua kumpulan ketika acara Garba berlangsung di daerah Mandsaur, India. 

Sembilan belas orang didakwa terlibat dalam pergaduhan itu yang berlaku pada 2 Oktober malam di Kampung Surjani, yang mana kawasan itu berada di bawah bidang kuasa Polis Sitamau. 

Menurut laporan Dainik Bhaskar, seorang lelaki bernama Shivlal Patidar mengadu kepada Salman Khan berkenaan kelakuan menunggang motosikal. 

Pertikaian tercetus antara kedua-dua pihak pada malam Ahad 2 Oktober, ketika Salman tiba di acara Garba dengan sekutunya bagi mencari lelaki itu.

Pergaduhan berlaku, yang mana Salman bertindak memukul rakan Shivlal bernama Mahesh, dengan menggunakan kapak, menurut laporan akhbar itu. 

Dalam keadaan itu, ketika ramai orang  berkumpul, Salman dan sekutunya bertindak membaling batu di acara Garba itu sehingga mencederakan seorang wanita, demikian menurut laporan itu.

Agensi berita PTI  melaporkan empat orang tercedera, manakala Hindustan Times melaporkan Mahesh dan Shivlal sedang menerima rawatan dan berada dalam keadaan serius. 

Beberapa media lain melaporkan kejadian awal membabitkan kes baling batu adalah daripada Muslim, namun tidak menyebut berkenaan punca pertikaian ganas itu.

“Selepas menerima maklumat mengenai insiden melempar batu ketika acara Garba, susulan pertelingkahan antara dua kumpulan, polis sampai ke tempat kejadian dan mengawal keadaan,” kata Superintendan Polis, Anurag Sujania.

Superintendan polis itu berkata, “pembinaan haram” seluas lebih 4,500 kaki persegi milik tiga daripada tertuduh, dirobohkan pada Selasa dengan bantuan jabatan hasil.

Sumber: The Wire 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

“Mereka berkata Hamas pengganas. Seluruh Jordan adalah Hamas” – Protes Jordan

Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel pada hari kelima protes besar-besaran menggesa penamatan perjanjian damai Jordan bersama jiran zionis di barat negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel.
  • Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel pada hari kelima protes besar-besaran menggesa penamatan perjanjian damai Jordan bersama jiran zionis di barat negara itu.
  • TRT melaporkan penunjuk perasaan pada Khamis di kawasan kejiranan Rabieh di Amman membawa bendera Palestin dan melaungkan slogan, “Mereka berkata Hamas pengganas. Seluruh Jordan adalah Hamas”.
  • “Tiada kedutaan zionis di tanah Jordan” juga antara slogan penunjuk perasaan, menuntut pihak berkuasa menutup kedutaan itu dan menamatkan perjanjian damai 1994 yang menormalisasikan hubungan dengan Israel.
  • Al Jazeera pula melaporkan bantahan terhadap Israel atas perangannya ke atas wilayah Gaza mempamerkan antara bantahan terbesar kemarahan orang awam yang pernah dilihat di Jordan.

Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel pada hari kelima protes besar-besaran menggesa penamatan perjanjian damai Jordan bersama jiran zionis di barat negara itu.

TRT melaporkan penunjuk perasaan pada Khamis di kawasan kejiranan Rabieh di Amman membawa bendera Palestin dan melaungkan slogan, “Mereka berkata Hamas pengganas. Seluruh Jordan adalah Hamas”.

“Tiada kedutaan zionis di tanah Jordan” juga antara slogan penunjuk perasaan, menuntut pihak berkuasa menutup kedutaan itu dan menamatkan perjanjian damai 1994 yang menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Ada plakad tertulis “Amman-Gaza satu takdir”, manakala poster lain pula menggambarkan jurucakap bertopeng pejuang Hamas, Abu Obaida yang menjadi wira masyarakat dunia Arab.

Kedutaan Israel, di mana penunjuk perasaan telah berkumpul selama lima hari berturut-turut telah lama menjadi tempat tumpuan bilamana meningkatnya keganasan di antara Palestin dan Israel.

Al Jazeera melaporkan bantahan terhadap Israel atas perangannya ke atas wilayah Gaza mempamerkan antara bantahan terbesar kemarahan orang awam yang pernah dilihat di Jordan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending