Antarabangsa
Nasionalis Hindu sekat perjalanan murid Katolik ke acara sekolah
Nasionalis Hindu sayap kanan di India mengganggu sekumpulan kanak-kanak ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah Katolik.

- Murid dalam perjalanan menghadiri acara Katolik di Saint PiusPius School, Khandwa.
- Kenderaan mereka ditahan oleh nasionalis Hindu dari Vishwa Hindu Parishad (VHP).
- VHP dakwa acara itu dijalankan tanpa kebenaran dan kanak-kanak itu dibawa untuk menukar agama.
- Paderi yang bertanggungjawab dalam acara itu menegaskan hanya kanak-kanak Katolik yang dijemput.
- Kes masih dibawah siasatan pihak polis
Nasionalis Hindu sayap kanan di India mengganggu sekumpulan kanak-kanak ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah Katolik.
Kejadian itu berlaku di Madhya Pradesh, yang sering dikaitkan dengan beberapa ancaman anti-Kristian sejak beberapa tahun lalu.
Menurut saksi kejadian, kenderaan yang membawa kanak-kanak tersebut ditahan nasionalis Hindu dari Vishwa Hindu Parishad (VHP) dengan mendakwa pelajar itu dibawa ke sekolah untuk menukar agama.
VHP berkata program di sekolah itu dijalankan tanpa kebenaran, lalu memanggil polis ke kawasan itu.
Bagaimanapun menurut Paderi yang bertanggungjawab dalam acara tersebut, hanya kanak-kanak Katolik yang dijemput, dan usaha untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tidak berjaya.
Kejadian ini masih dalam siasatan pihak polis.
Penganut Kristian di Madhya Pradesh hanyalah 0.3% dari keseluruhan populasi. Negeri itu meluluskan Rang Undang-undang Kebebasan Beragama tahun lalu, yang sebenarnya adalah undang-undang “anti-penukaran” bertujuan menghalang penganut Hindu daripada menukar agama lain.
Di bawah peruntukan undang-undang baharu itu, penukaran agama secara paksaan boleh dihukum penjara selama setahun hingga lima tahun dan denda minimum sekitar $350 (RM1,623.30). Jika orang yang menukar agama itu melibatkan komuniti minoriti hukuman penjara dan denda boleh digandakan.
Sumber: Hindu TVA
Antarabangsa
‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

- Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
- Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
- Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
- “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
- Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”.
Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.
Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan.
Sumber: Anadolu Ajansı
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China