Connect with us

Antarabangsa

“Lelaki pun boleh gugurkan kandungan!”, aktivis transgender serang kumpulan feminis di Paris

Sekumpulan feminis yang berarak untuk memperjuangkan hak wanita di Paris minggu lalu, diserang secara fizikal oleh aktivis transgender yang mengoyakkan papan tanda dan mencemuh mereka kerana mengkritik ideologi jantina.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Lelaki pun boleh gugurkan kandungan!”, aktivis transgender serang kumpulan feminis di Paris
Foto: Sekumpulan feminis yang berarak untuk memperjuangkan hak wanita di Paris.
  • Dua kumpulan aktivis feminis menjadi sasaran aktivis transgender dalam perarakan pada 28 September lalu di Paris.
  • Aktivis transgender menyerang dua kumpulan ini, merampas papan tanda mereka dan merosakkannya.
  • Aktivis transgender itu turut melaungkan kata-kata seperti “lelaki juga boleh gugurkan kandungan” dan “hentikan transfobia”.
  • Kumpulan feminis meminta bantuan polis dan pegawai keselamatan bertugas di perarakan itu, namun tidak diendahkan.

Sekumpulan feminis yang berarak untuk memperjuangkan hak wanita di Paris minggu lalu, diserang secara fizikal oleh aktivis transgender yang mengoyakkan papan tanda dan mencemuh mereka kerana mengkritik ideologi jantina.

Penyertaan dua kumpulan feminis, L’Amazone dan Osez Le Feminism di perarakan 28 September lalu yang menyokong kebebasan reproduktif itu, mencetuskan ketegangan dengan aktivis transgender yang turut hadir di perarakan itu.

Menerusi video dikongsi kumpulan L’Amazone di Twitter, aktivis transgender bertindak mengepung dan mencaci kumpulan itu selain cuba untuk mengoyak papan tanda mereka.

Aktivis transgender itu turut melaungkan kata-kata seperti “lelaki juga boleh gugurkan kandungan” dan “hentikan transfobia”, demikian lapor portal Reduxx.

Menurut seorang ahli L’Amazone, aktivis transgender itu memang sudah mencari dan menyasar kumpulan mereka dari awal lagi untuk diserang. 

Selepas menemui mereka (kumpulan feminis), aktivis transgender merampas papan tanda mereka serta merosakkannya.

Telefon bimbit salah seorang ahli kumpulan mereka yang cuba untuk merakam kejadian terbabit turut ditepis aktivis transgender itu.

Pihak polis dan pegawai keselamatan yang mengawal selia perarakan itu didakwa enggan mengambil sebarang tindakan sekalipun diminta ahli kumpulan L’Amazone.

Sumber: Reduxx

Author