Terkini
KKR nafi jalan raya Malaysia ke-12 terburuk
Kementerian Kerja Raya (KKR) menafikan artikel sebuah akhbar tempatan yang bertajuk Malaysia ke-12 Terbawah Miliki Jalan Raya Terburuk yang dikeluarkan pada Isnin.

- KKR nafi artikel sebuah akhbar tempatan bertajuk Malaysia ke-12 Terbawah Miliki Jalan Raya Terburuk yang dikeluarkan pada Isnin.
- Artikel itu tidak tepat dan mengelirukan kerana guna laporan Worst and Best Roads – US and International Ranking dijalankan firma pendidikan pemandu Zutobi dan beri persepsi kurang baik terhadap kualiti keseluruhan jalan raya di Malaysia.
- Ia susulan laporan itu hanya ambil kira kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya dan saiz relatif rangkaian jalan raya serta hanya ambil kira data 59 negara, bukan semua negara di dunia.
- Berdasarkan kajian Utusan Malaysia, tahap jalan raya negara ini antara terbaik iaitu 5.3 mata daripada julat keseluruhan tujuh mata.
- Tahap jalan Malaysia lebih baik berbanding Sweden (ke-23), Kanada (ke-31), Australia (ke-33), Britain (ke-37) dan menduduki tangga kedua di Asia Tenggara, Malaysia menduduki tangga kedua selepas Singapura.
KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) menafikan artikel sebuah akhbar tempatan yang bertajuk Malaysia ke-12 Terbawah Miliki Jalan Raya Terburuk yang dikeluarkan pada Isnin.
Menurut kenyataan KKR yang dikeluarkan pada Selasa, artikel berkenaan tidak tepat dan mengelirukan kerana menggunakan laporan Worst and Best Roads – US and International Ranking yang dijalankan oleh sebuah firma pendidikan pemandu Zutobi dan memberikan persepsi yang kurang baik terhadap kualiti keseluruhan jalan raya di Malaysia.
Ia susulan laporan berkenaan hanya mengambil kira empat faktor iaitu kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya dan saiz relatif rangkaian jalan raya dan hanya mengambil kira data untuk 59 negara, bukan semua negara di dunia.
KKR turut menjelaskan bahawa terdapat sebuah lagi kajian yang dikeluarkan Utusan Malaysia pada 10 Ogos lepas dengan tajuk “Kualiti jalan di Malaysia 21 terbaik di dunia, mengatasi Australia, Britain, New Zealand” dengan menggunakan sumber dikeluarkan oleh The Global Economy yang memperoleh data berdasarkan komponen kualiti jalan diterbitkan oleh Indeks Daya Saing Global.
“Kajian itu turut memetik sumber sahih daripada kajian eksekutif melibatkan sejumlah 14,000 tokoh dari 144 negara yang menyertai Forum Ekonomi Dunia yang berpusat di Davos, Switzerland,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan data daripada kajian Utusan Malaysia, tahap jalan raya negara ini adalah antara terbaik iaitu 5.3 mata daripada julat keseluruhan tujuh mata, di samping tahap jalan di Malaysia adalah lebih baik berbanding Sweden (ke-23), Kanada (ke-31), Australia (ke-33), Britain (ke-37) dan menduduki tangga kedua di Asia Tenggara, Malaysia menduduki tangga kedua selepas Singapura.
Sementara itu, KKR sentiasa mengambil perhatian terhadap semua laporan kajian yang diterbitkan sebagai satu kaedah semak dan imbang bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.
“Pelbagai komitmen berterusan dilaksanakan KKR khusus dalam menjaga kualiti jalan raya di negara ini, penyenggaraan ini difokuskan kepada Jalan Persekutuan dengan jumlah panjang 20,017 kilometer, selain KKR menerima sebanyak lebih RM900,000 peruntukan sebagai kos penyenggaraan jalan raya di seluruh negara dan 6,656 tampalan jalan berlubang telah dilaksanakan sehingga Ogos lepas,” menurut KKR.
Dalam kenyataan sama, KKR juga memfokuskan kepada usaha berterusan menjaga kualiti jalan raya menerusi kempen Zeropotholes sejak 2016 dan Kempen Kita Jaga Jalan Kita yang dilancarkan pada November 2021.
Selain itu, peruntukan tambahan sebanyak RM130 juta telah diluluskan bagi tujuan Perbelanjaan Pembangunan Kerja-Kerja Penyenggaraan Berkala Pavemen di Jalan Persekutuan Seluruh Malaysia secara sekali beri melalui surat Kementerian Kewangan Malaysia pada 13 September lepas.
Sumber : Bernama
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah