Connect with us

Terkini

Individu positif Covid-19 tidak kritikal dibenar mengundi di PRU15 – KKM

Individu yang positif Covid-19 namun tidak kritikal, akan dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

Individu positif Covid-19 tidak kritikal dibenar mengundi di PRU15 - KKM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ia bagi pesakit tidak kritikal, namun perlu patuhi SOP ketat yang akan diumumkan SPR kelak.
  • “Akan ada saluran khas untuk mereka (yang positif Covid-19) nanti, tidak akan bercampur dengan orang lain. Pemakaian pelitup muka dan pelindung muka juga penting selain sanitasi. Pemakaian pakaian perlindungan peribadi (PPE) lengkap kami tak cadangkan dalam SOP,” – Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA TERENGGANU – Individu yang positif Covid-19 namun tidak kritikal, akan dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun individu tersebut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

Menurut beliau, pihaknya telah bermesyuarat dengan SPR bagi mengesyorkan beberapa cadangan untuk dimasukkan sebagai SOP bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar dan selamat.

“Akan ada saluran khas untuk mereka (yang positif Covid-19) nanti, tidak akan bercampur dengan orang lain.

“Pemakaian pelitup muka dan pelindung muka juga penting selain sanitasi. Pemakaian pakaian perlindungan peribadi (PPE) lengkap kami tak cadangkan dalam SOP,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah melakukan persiapan menghadapi banjir termasuk menyediakan petugas di lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) dan mengenal pasti lokasi yang mempunyai pesakit berisiko.

Katanya, petugas akan memastikan aspek kebersihan di PPS terjaga dan melakukan saringan bagi mengelak risiko jangkitan pelbagai penyakit yang berbahaya.

“Untuk pesakit dengan kes berisiko seperti buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis pula, KKM dah kenal pasti awal kedudukan mereka supaya rawatan tak putus (terhenti) ketika banjir.

“Kami ada data mereka dan kami ada juga data tempat mana yang perlu kami tingkatkan perkhidmatan jika berlaku banjir,” katanya.

Menurutnya lagi, sebanyak 552 daripada 2,891 Klinik Kesihatan di seluruh negara dikenal pasti berisiko dilanda banjir, namun langkah alternatif telah diambil bagi menghadapi masalah terbabit. 

Sumber : Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending