Connect with us

Antarabangsa

India tanpa alasan halang wartawan foto Kashmir terima hadiah Pulitzer di AS

Pihak berkuasa India menghalang seorang wartawan foto Kashmir yang memenangi hadiah Pulitzer pergi ke Amerika Syarikat (AS).

Wartawan TMT

Published

on

India tanpa alasan halang wartawan foto Kashmir terima hadiah Pulitzer di AS
Foto: Wartawan foto Kashmir, Sanna Irshad Mattoo.
  • Ini kali kedua wartawan foto Kashmir, Sanna Irshad Mattoo dihalang keluar dari India tanpa alasan munasabah.
  • Sanna, 28, dijadual terima hadiah Pulitzer bagi liputan fotografi mengenai pandemik Covid-19 yang disiarkan Reuters.
  • Sanna dakwa pihak berkuasa tidak memberi sebarang alasan tetapi sekadar memaklumkan beliau tidak dibenarkan melancong ke luar negara.

NEW DELHI – Pihak berkuasa India menghalang seorang wartawan foto Kashmir yang memenangi hadiah Pulitzer pergi ke Amerika Syarikat (AS).

Sanna Irshad Mattoo berkata, beliau dihalang menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi pada Isnin.

“Saya dalam perjalanan untuk menerima anugerah Pulitzer di New York tetapi disekat pihak imigresen di lapangan terbang New Delhi dan dihalang daripada melakukan perjalanan antarabangsa walaupun memiliki visa dan tiket AS yang sah,” katanya pada Selasa.

“Ini adalah kali kedua saya dihalang ke luar negara tanpa alasan munasabah.

“Saya telah menghubungi beberapa pegawai selepas kejadian yang sama beberapa bulan lalu namun, saya masih belum mendapat sebarang maklum balas.

“Dapat menghadiri majlis anugerah itu peluang sekali seumur hidup saya,” tulis Sanna di media sosial.

Wanita berusia 28 tahun itu dianugerahkan hadiah Pulitzer bagi liputan fotografinya mengenai pandemik Covid-19 yang disiarkan Reuters dan dijadual ke New York pada Isnin untuk menerima anugerah itu.

Pada Julai, beliau mendakwa pihak imigresen di lapangan terbang New Delhi menyekat perjalanannya ke Paris bagi menyertai pameran fotografi.

Sanna mendakwa pihak berkuasa tidak memberi sebarang alasan tetapi sekadar memaklumkan beliau tidak dibenarkan melancong ke luar negara. 

Sumber: Bernama

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending