Connect with us

Antarabangsa

Gelar transgender berdasarkan jantina sebenar dianggap ‘jenayah kebencian’ di UK?

Polis Leicestershire dikecam hebat selepas membuat ciapan di Twitter berkenaan penggunaan kata ganti nama diri bagi golongan transgender.

Wartawan TMT

Published

on

Gelar transgender berdasarkan jantina sebenar dianggap 'jenayah kebencian' di UK?
Foto: Lelaki berimej wanita yang dikenali sebagai Jane, 57.
  • Polis Leicestershire UK membuat ciapan di Twitter yang seolah-olah menggambarkan penggunaan kata ganti diri yang salah bagi golongan transgender boleh dianggap ‘jenayah kebencian’.
  • Perkara itu dimuatnaik di laman Twitternya pada 8 Oktober lalu sebagai kempen mempromosikan laman web anti kebencian.
  • Netizen UK menganggap polis Leicestershire sepatutnya memberi keutamaan pada isu jenayah sebenar yang sedang berlaku di bandar itu dan bukan mengenai ganti nama kelompok transgender.

Polis Leicestershire dikecam hebat selepas membuat ciapan di Twitter berkenaan penggunaan kata ganti nama diri bagi golongan transgender.

Ciapan itu mendakwa yang penggunaan kata ganti nama diri yang “salah” ke atas golongan itu boleh dilaporkan sebagai jenayah kebencian.

Menerusi akaun Twitter Leicestershire Police’s Stay Safe pada 8 Oktober lalu, pihak polis itu melancarkan kempen media sosial mempromosikan Stamp It Out, sebuah laman web sumber anti kebencian yang memberi maklumat mengenai undang-undang jenayah kebencian di kawasan itu, demikian dilaporkan portal Reduxx.

Pelbagai gambar contoh jenayah kebencian dimuatnaik, namun yang menjadi tular ialah gambar seorang lelaki berimej wanita yang dikenali sebagai Jane, 57, bersama tulisan “sebelum ini, saya dipanggil dengan nama lelaki saya secara sengaja, tetapi itu bukan saya. Kadangkala ia sangat menyakitkan, terutamanya apabila ia dijadikan bahan jenaka”.

Walaupun kononnya cuba menggambarkan individu sebenar, “Jane” sebenarnya adalah model foto yang muncul dalam berpuluh-puluh gambar yang dilesenkan di pelbagai laman web foto terkenal.

Berkemungkinan besar juga model itu sendiri tidak mengetahui gambarnya digunakan untuk kempen terbabit kerana gambar sebegitu biasanya dibeli menerusi pihak ketiga.

Ramai pengguna di United Kingdom (UK) berpendapat Polis Leicestershire memberi keutamaan pada perkara yang tidak sepatutnya, memandangkan lonjakan kadar jenayah yang besar telah berlaku di bandar Leicester baru-baru ini.

Mereka berpendapat, isu-isu jenayah yang sedang berlaku seperti kes bunuh dan rogol yang berlaku kepada wanita sebenar adalah lebih besar, berbanding isu kata ganti nama bagi transgender ini.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Ibu kota Belgium haramkan pembelian produk Israel

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.
  • Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.
  • Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.

Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Kesatuan Eropah (EU) pada 2015 mengeluarkan garis panduan baharu untuk pelabelan produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki dianggap sebagai penempatan tidak sah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending