Connect with us

Terkini

Faizal Azumu seru Anwar tak takabur, dabik dada kononnya ‘pejuang nombor satu Palestin’

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim tidak takabur dengan menggelarkan dirinya sebagai “pejuang nombor satu Palestin”. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Faizal Azumu seru Anwar tak takabur, dabik dada kononnya 'pejuang nombor satu Palestin'
Foto: Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu.
  • Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim tidak takabur dengan menggelarkan dirinya sebagai “pejuang nombor satu Palestin”.
  • Faizal sendiri pernah ditangkap rejim Israel pada Jun 2010, namun, tidak pernah mendabik dada seperti Presiden PKR itu.
  • “Itu ketika menaiki kapal flotilla Rachel Corrie bersama lima orang aktivis Malaysia untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
  • “Saya menyeru agar Anwar atau mana-mana pemimpin mengelak dari sifat yang takabur dengan menggelar diri sebagai pejuang nombor satu Palestin,” katanya.
  • MV Rachel Corrie merupakan kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dikepung Israel, ditawan dan diiring ke Pelabuhan Ashdod, Israel.

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim tidak takabur dengan menggelarkan dirinya sebagai “pejuang nombor satu Palestin”. 

Menurut Ahmad Faizal, beliau sendiri pernah ditangkap rejim Israel pada Jun 2010, namun tidak pernah mendabik dada seperti Anwar.

“Itu ketika menaiki kapal flotilla Rachel Corrie bersama lima orang aktivis Malaysia untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. 

“Tetapi saya tidak pernah menepuk dada dan menggelar diri sebagai pejuang Palestin nombor satu.

“Saya menyeru agar Anwar atau mana-mana pemimpin mengelak dari sifat yang takabur dengan menggelar diri sebagai pejuang nombor satu Palestin,” katanya dipetik Malaysiakini.

Enam aktivis keamanan Malaysia termasuk Faizal yang mewakili Perdana Global Peace Organisation (PGPO) ditahan selepas kapal MV Rachel Corrie ditawan Israel selama sehari ketika dalam pelayaran ke Gaza. 

MV Rachel Corrie merupakan kapal terakhir dalam flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dikepung Israel, ditawan dan diiring ke Pelabuhan Ashdod, Israel. 

Ahmad Faizal juga mempertikai kenyataan Anwar bahawa dia rapat dengan pemimpin terkemuka Palestin, Yasser Arafat. 

“Jika benar, kenapa susah sangat bagi beliau untuk menarik balik kenyataan kontroversinya yang menyokong jaminan keselamatan kepada Israel manakala yang ditindas dan dibunuh harian adalah rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak? 

“Saya menyeru Anwar perdana menteri Pakatan Harapan (PH) untuk segera menyatakan sama ada beliau akan menarik balik atau tidak kenyataan tersebut. 

“Rejim Israel harus mendapat mesej yang amat jelas bahawa pemimpin negara ini tidak akan berkompromi sama sekali dengan mereka,” katanya yang dijangka bertembung Anwar di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15.

Sumber: Malaysiakini

Author