Antarabangsa
Ahli Politik Transgender Mexico kongsi video lucah di Twitter
Ahli politik transgender Mexico yang terkenal dengan penentangannya terhadap pemansuhan pemerdagangan manusia menerima kecaman selepas sengaja memuatnaik video lucah dirinya sendiri di Twitter, sambil membuat dakwaan palsu yang dirinya menjadi pekerja seks sebagai kerja sampingan.

- Ahli politik transgender Mexico, Maria Clemente memuatnaik video lucah dirinya sendiri di Twitter.
- Tindakannya menerima kecaman dan ramai mendakwa tindakannya tidak patut, lebih-lebih lagi dengan posisinya sebagai seorang ahli politik.
- Tindakan memuatnaik video lucah ini bukanlah tindakan sumbang pertama dilakukannya.
- Dia mempertahankan tindakannya dan mengatakan berhak untuk menentukan apa sahaja tentang tubuh badannya.
- Ahli politik transgender itu juga mengaku mempunyai kerja sampingan sebagai pekerja seks, demi memperjuangkan kerja itu sebagai satu kerjaya sah.
Ahli politik transgender Mexico yang terkenal dengan penentangannya terhadap pemansuhan pemerdagangan manusia menerima kecaman selepas sengaja memuatnaik video lucah dirinya sendiri di Twitter, sambil membuat dakwaan palsu yang dirinya menjadi pekerja seks sebagai kerja sampingan.
Maria Clemente menjadi perhatian tahun lalu apabila menjadi ahli politik transgender pertama yang terpilih ke Dewan Timbalan Persekutuan Mexico.
Namun kerjaya politik Clemente yang singkat dicemari beberapa insiden sumbang, terbaru ialah memuatnaik video lucah dirinya di laman Twitter rasminya.
Sejak dua minggu lalu, Clemente memuatnaik video dan gambar lucah tidak ditapis ke media sosialnya, kebanyakannya menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan lelaki yang dipanggil “daddy”.
Clemente juga memuatnaik pelbagai video lucah lain, termasuk yang menunjukkan dia melakukan seks oral terhadap lelaki. Susulan itu, ramai yang mengecam tingkah laku itu sebagai tidak wajar dan tidak sesuai untuk imej seorang ahli politik persekutuan.
Clemente bagaimanapun mempertahankan tindakan jijiknya itu dengan alasan “saya seorang wanita” dan “saya berhak menentukan tubuh saya sendiri”.
Dia juga turut mewar-warkan dirinya sebagai seorang pelacur, bertujuan memperjuangkan pekerjaan itu sebagai satu kerjaya yang sah dan menuntut hak bagi pekerja-pekerja seks.
Sumber: Reduxx
Antarabangsa
‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

- Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
- Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
- Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
- “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
- Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”.
Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.
Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan.
Sumber: Anadolu Ajansı
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China