Connect with us

Terkini

Ahli Parlimen tidak boleh lompat parti mulai esok

Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti akan dikuatkuasakan mulai esok, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wartawan TMT

Published

on

Ahli Parlimen tidak boleh lompat parti mulai esok
Foto: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
  • Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti akan dikuatkuasakan mulai esok.
  • Akta berkenaan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos dan diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 Sept lepas.
  • Surat daripada Perdana Menteri akan menyusul ke semua negeri bagi menyelaras guna pakai pindaan itu.

KUALA LUMPUR – Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti akan dikuatkuasakan mulai esok, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata akta berkenaan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos dan diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 Sept lepas.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah perkenan tarikh kuat kuasa Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 pada 5 Oktober 2022 selaras dengan Seksyen 1(2) dan Seksyen 1(3) Akta A1663.

“Akta ini juga telah digazet pelaksanaannya baru sekejap tadi. Jadi saya janji sampai di hadapan saudara-saudara…saya janji dan janji saya, saya telah tepati,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Akta ini sebelum ini diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai lepas dengan majoriti sokongan 209 Ahli Parlimen dengan 11 lagi Ahli Parlimen tidak hadir, manakala Dewan Negara meluluskannya pada 9 Ogos lepas, dengan sokongan 52 senator manakala tujuh lagi senator tidak hadir.

Wan Junaidi berkata dengan penguatkuasaan akta ini, mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti maka dia akan hilang keahlian sebagai Ahli Dewan Rakyat.

“Saya menjunjung kasih Tuanku yang berkenan dengan pelaksanaan rang undang-undang ini sebagaimana rakyat telah tunggu,” katanya.

Advertisement

Selepas ini, beliau berkata surat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyusul ke semua negeri untuk memohon kerajaan negeri menyelaras dan mengguna pakai pindaan yang telah digubal ini di bawah Jadual 8 Perlembagaan ini, di negeri masing-masing.

“Jadual itu ialah untuk menyelaraskan penggunaan Ahli (Dewan Undangan Negeri) berpindah parti di negeri-negeri yang boleh diguna pakai kepada pihak ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dia.

Kerana kita tak nak lain negeri lain corak, sebab itu Perdana Menteri akan menghantar surat selepas ini supaya semua negeri menyelaraskan…bila Dewan Undangan Negeri mereka bersidang hujung tahun ini, pindaan kepada Perlembagaan atau rang undang-undang mereka dapat dibuat,” katanya.

Sumber: Bernama

 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending