Connect with us

Terkini

“Usah ajar Agong. Kita bukan raja,” – Zaid Ibrahim selar Tommy Thomas

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim, menyelar tindakan bekas peguam negara Tommy Thomas susulan kenyataanya mengenai kuasa pengampunan yang diberikan oleh Perlembagaan Persektuan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. 

Wartawan TMT

Published

on

“Usah ajar Agong. Kita bukan raja,” - Zaid Ibrahim selar Tommy Thomas
Foto: Datuk Zaid Ibrahim.
  • Datuk Zaid Ibrahim mengecam tindakan bekas peguam negara Tommy Thomas susulan kenyataanya mengenai kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong.
  • Zaid menjelaskan isu pengampunan adalah universal berdasarkan “hak prerogatif belas kasihan yang tinggi.”
  • Ia tertakluk kepada rasa pandangan peribadi Yang di-Pertuan Agong.
  • Baginda perlu mengkaji semua aspek keadilan sebelum membuat keputusan.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim, menyelar tindakan bekas peguam negara Tommy Thomas susulan kenyataanya mengenai kuasa pengampunan yang diberikan oleh Perlembagaan Persektuan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. 

Beliau berkata isu pengampunan telah dimanipulasikan oleh banyak pihak dan malang sekali apabila diputar belit oleh ahli perundangan yang seharusnya mengetahui mengenai prinsip pengampunan sebenar.

Zaid menjelaskan bahawa kuasa pengampunan yang diberikan kepada Agong dan Raja-raja Melayu oleh Perlembagaan Persekutuan adalah satu yang diterima secara universal, iaitu, “hak prerogatif belas kasihan yang tinggi.”

“Saya percaya kepada kebijaksanaan dan kemampuan Tuanku dan duli-duli yang maha mulia, kalau Raja-raja melayu enggan dan takut serta rasa tertekan dalam melaksanakan kuasa pengampunan ini oleh sebab tekanan politik, maka malang sekali kepada institusi Raja-raja Melayu.

“Janganlah kita membuat ‘precedent’ (duluan) bahawa Tuanku merasa tertekan atau dibuat rasa bersalah kerana unsur-unsur yang dibangkitkan oleh peguam yang karut, unsur-unsur politik yang karut,” kata Zaid dalam video yang disiarkan di Facebook.

Thomas sebelum ini mendakwa bahawa pengampunan untuk Najib adalah “mustahil” atas “sebab undang-undang”.

“Kuasa Yang di-Pertuan Agong yang diberikan oleh perlembagaan ini bukan tertakluk kepada keputusan mahkamah, berapa lama kes itu berjalan, tidak tertakluk kepada pandangan saudara dan saya, tidak tertakluk kepada pendapat ramai.

“Ia tertakluk kepada rasa pandangan peribadi Yang di-Pertuan Agong,” kata Zaid.

“Baginda perlu mengkaji semua aspek keadilan sebelum membuat keputusan. Apakah kepincangan sudah berlaku dalam sistem kita, apakah ada sebab-sebab tertentu yang perlu digunakan pengampunan baginda. Itu sahaja,” kata Zaid

Beliau turut menjelaskan bahawa peranan Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bawah perlembagaan adalah untuk menasihati Agong sekiranya  Baginda memerlukan nasihat.

“Tapi kuasa untuk mengampun itu tak perlu nasihat Lembaga Pengampunan. Kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong ini tidak boleh disoalkan, tidak boleh dipertikaikan. Ini telah ditetapkan 25 tahun dahulu. (Ia) ‘non-justiciable’ (tak boleh diadili),” kata Zaid sambil menjelaskan ia telah lama ditetapkan dan digunakan di mahkamah seperti  kes Sim Kie Chon (1985) dan Mona Fandey (2002).

“Kita tak boleh nak mengajarnya (Agong). Kita bukan raja. Kita tak boleh memberi pandangan yang seolah-olah menekannya.

“Kita mesti pertahankan prinsip ini (kuasa pengampunan), kita jangan sekali-kali menggadai hak Raja-raja Melayu untuk membuat pengampunan, ‘absolute power to give mercy’,” katanya.

Facebook: Datuk Zaid Ibrahim

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Berhikmahkah baca ayat al-Quran di hadapan tempat ibadat agama lain?

Beberapa hari lepas tular satu video menunjukkan seorang pelancong asing yang juga pempengaruh membaca petikan ayat al-Quran di sebuah kuil Hindu. 

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Tangkap layar video yang tular menunjukkan seorang pelancong asing yang juga pempengaruh membaca petikan ayat al-Quran di sebuah kuil Hindu. 

Beberapa hari lepas tular satu video menunjukkan seorang pelancong asing yang juga pempengaruh membaca petikan ayat al-Quran di sebuah kuil Hindu. 

Dalam video berkenaan, lelaki itu membaca ayat khusus yang berkaitan teguran Nabi Ibrahim kepada kaumnya yang menyembah berhala dalam Surah al-Anbiyaa’ 21:66-67

Nabi Ibrahim AS berkata: ‘Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu? Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?’” 

Tidak dinafikan apa yang dimaksudkan ayat ini adalah benar dan merupakan fakta dalam ajaran Islam. 

Malah, tiada masalah sekalipun jikalau seseorang Muslim ingin membaca al-Qur’an kerana sememangnya ia perkara yang digalakkan dan diimani setiap Muslim.  

Penulis percaya barangkali niat pempengaruh itu adalah untuk menyampaikan mesej Tawhid dengan membaca petikan ayat al-Qur’an yang khusus menceritakan tentang sindiran Nabi Ibrahim AS kepada pengamal berhala. 

Meskipun niat tersebut mungkin baik, tindakan membaca al-Qur’an di rumah ibadat agama lain adalah tidak sesuai apatah lagi di hadapan patung berhala yang dianggap Tuhan oleh penganut agama terbabit. 

Lebih-lebih lagi, jika tindakan ini bertujuan untuk, konten dan meraih views di media sosial, ia menambahkan lagi ketidak sensitiviti terhadap keagamaan. Tanpa mengetahui realiti setempat, jelas ini bukan dakwah, ini adalah tindakan provokasi yang tidak sepatutnya berlaku.  

Berdakwah biarlah berhikmah 

Setiap daripada kita pasti memiliki pendekatan berdakwah yang pelbagai dalam usaha menarik golongan yang diseru kepada Islam.  

Namun, setiap pendekatan itu juga perlu digariskan mengikut saranan Allah yang menyuruh umat Islam supaya berdakwah secara berhikmah atau bijaksana. 

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.” (Surah an-Nahl 16:125).

Hikmah dalam konteks ayat ini adalah meletakkan setiap sesuatu pada tempatnya dengan panduan akal. 

Sebagaimana  yang dinyatakan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (7/205), “Makna yang paling benar dari Al-Hikmah adalah bahwa Al-Hikmah adalah menempatkan sesuatu pada tempatnya.” 

Sa’id Hawwa pula mengatakan, al-hikmah itu ialah maqalah (pendapat atau perkataan) yang sahih dan jitu, iaitu dalil yang menerangkan kebenaran yang menghilangkan syubhat (kesamaran), atau khitab (ucapan, perkataan atau perbicaraan) yang munasabah kepada setiap golongan manusia berdasarkan kedudukan mereka.

Sebagai contoh, sesuaikah sekiranya kita berdakwah kepada orang bukan Muslim yang asing dan baru pertama kali berjumpa dengan membaca petikan ayat al-Qur’an seperti: 

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu.” (Surah An-Nisa’ 4:56)  

Sememangnya petikan ayat al-Qur’an ini adalah dalil yang sahih. Namun mari kita fikirkan secara logik, adakah bukan Muslim terbabit akan semakin mendekati Islam atau sebaliknya, menjauhi Islam? 

Dan bolehkah pendekatan dakwah sebegini kita katakan sebagai dakwah secara bijaksana yang meletakkannya di tempat yang sepatutnya? 

Sedangkan, kita perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan audiens mengikut konteks sosial dan realiti setempat. Bukan main terjah berdakwah tanpa mengambil tahu latar belakang kepercayaan setempat. 

Dalam usaha berdakwah, amat penting untuk kita sentiasa mempertimbangkan sensitiviti agama lain dan menunjukkan penghormatan kepada kepercayaan mereka. 

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan.” (Surah Al-An’am 6:108) 

Tetapi, apakah menunjukkan penghormatan kepada kepercayaan mereka bermaksud Muslim menerima kepercayaan mereka? Sudah tentu tidak. Sebabnya jelas, akidah yang berbeza dan prinsip Islam juga jelas iaitu ‘bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku’. 

Pendekatan dakwah yang bijaksana dan penuh hikmah adalah pendekatan yang bukan sahaja mampu menyampaikan mesej Islam dengan lebih efektif, tetapi juga dapat mengukuhkan hubungan kewujudan bersama secara aman dengan penganut agama lain.

Kita harus sentiasa berhati-hati dan bijak dalam memilih cara berdakwah agar mesej yang disampaikan tidak menimbulkan salah faham mahupun ketegangan. – The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending