Ekonomi
‘Ulas isu ekonomi, kena tengok data, fakta’ – Pengarah Ekonomi bidas Rafizi
Dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, cuba menggambarkan bahawa ekonomi Malaysia merudum akibat pelabur tidak mahu melabur dan membeli barangan eksport negara, adalah tidak benar, tegas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

- Ini berkenaan dakwaan tidak benar Rafizi Ramli yang menggambarkan ekonomi Malaysia merudum akibat pelabur tidak labur dan beli barangan eksport negara.
- Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Shahril Hamdan berkata dalam mengulas sesuatu isu, Rafizi sepatutnya melihat kepada data, fakta dan realiti semasa.
- “Apa berlaku kini akibat soal aliran kewangan yang sememangnya banyak bergerak ke Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia mengalami nasib sama.”
- Punca utama permintaan mata wang Ringgit rendah bukanlah disebabkan FDI dan eksport, bahkan disebabkan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).
KUALA LUMPUR – Dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, cuba menggambarkan bahawa ekonomi Malaysia merudum akibat pelabur tidak mahu melabur dan membeli barangan eksport negara, adalah tidak benar, tegas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.
Beliau yang juga Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, berkata dalam mengulas sesuatu isu, Rafizi sepatutnya melihat kepada data, fakta dan realiti semasa.
“Pendek cerita, dalam mengulas sesuatu isu, kena tengok data, kena tengok fakta. Formula itu penting. Tetapi realiti lebih penting,” katanya dalam satu hantaran video di laman Facebooknya, hari ini.
Kenyataannya itu sebagai reaksi kepada satu video viral menunjukkan Rafizi mendakwa UMNO sebagai parti pemerintah tidak lagi sensitif terhadap keperluan rakyat dan keutamaan urus tadbir, apabila tidak memulihkan kejatuhan nilai ringgit.
Rafizi di dalam video itu mendakwa apabila mata wang jatuh, jelas sekali ada perkara yang tidak kena dengan ekonomi negara.
Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO, berkata apa yang berlaku kini kerana terjadi akibat soal aliran kewangan yang sememangnya banyak bergerak ke Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia mengalami nasib sama.
“Betul, nilai sesebuah mata wang ini bergantung kepada permintaan sesebuah mata wang dan antara elemennya ialah jumlah eksport serta pelaburan. Dia (Rafizi) kata mata wang ini turun sebab kita tak cukup eksport dan pelaburan. Jadi, betul ke jumlah permintaan Ringgit ini menurun disebabkan perkara itu?
“Cuba tengok carta ini (Carta Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Julai 2022), eksport naik zaman siapa? Pelaburan langsung asing (FDI) naik zaman siapa? Zaman Pakatan Harapan (PH) turun, zaman Perikatan Nasional (PN) turun dan zaman Ismail Sabri naik.
“Jadi, kenapa Ringgit turun berbanding Dolar AS pada zaman Ismail Sabri? Sebab Rafizi cerita tak habis,” katanya.
Beliau berkata, punca utama permintaan mata wang Ringgit rendah bukanlah disebabkan FDI dan eksport, bahkan disebabkan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).
“Sebab utama nilai permintaan mata wang Ringgit rendah bukanlah FDI dan eksport tetapi PFI, aliran kewangan yang mana apabila kita memindahkan dana dari satu negara ke negara lain, bukan untuk buat kilang baharu atau beli barangan dalam negara itu tetapi untuk mendapatkan pulangan ataupun kadar faedah yang lebih tinggi.
“Apabila Amerika Syarikat menaikkan kadar faedahnya dengan cukup agresif sekali, maka banyak dana yang keluar daripada negara lain masuk ke aset-aset dolar AS. Bukan untuk buat kilang di AS, bukan untuk beli barangan, tetapi untuk mendapat pulangan kadar faedah yang lebih tinggi. Baik dalam akaun bank ke, baik dia beli bon AS ke, itulah sebenarnya yang berlaku,” katanya lagi.
Shahril menjelaskan ketika Perdana Menteri ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini, turut mencadangkan supaya diwujudkan satu kerjasama monetari antarabangsa bagi membantu negara yang sedang membangun.
“Sebab itu baru-baru ini dekat UNGA, PM kita sebut kalau boleh diwujudkan satu kerjasama monetari antarabangsa supaya negara besar macam AS, apabila mereka membuat dasar monetari kadar faedah mereka saja, jangan tak hiraukan langsung apa yang berlaku pada nilai mata wang negara-negara lain terutamanya negara membangun.
“Jadi, Rafizi cuba gambarkan pelabur tak mahu masuk ke Malaysia, tidak mahu membeli eksport kita dan ekonomi Malaysia ini teruk sangat sebab itu nilai mata wang kita turun. Bukan, ini soal aliran kewangan yang memang banyak bergerak ke AS sekarang ini,” katanya.
Beliau berkata, mata wang negara seluruh dunia banyak turun berbanding dolar AS disebabkan perkara ini.
“Seluruh dunia banyak mata wangnya turun berbanding USD. Adakah negara-negara lain ekonominya sampah juga? Bukan. Tetapi ini soal keadaan sekarang, kadar faedah dolar AS sangat tinggi,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Ekonomi
Anwar digesa beri tumpuan pulihkan ekonomi yang berdepan pertumbuhan sederhana
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.
- Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.
- “Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.
- Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi bahawa ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.
Marzuki mendakwa, apa yang berlaku sekarang ini seolah-olah menunjukkan ekonomi negara gagal diurus dengan cekap oleh kepimpinan kerajaan hari ini.
“Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.
Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.
Gabenor BNM, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, berkata perkembangan sederhana pada suku kedua 2023 didorong oleh permintaan luaran yang lebih perlahan.
Mengulas lanjut, beliau berpandangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) perlu lebih kerap mengadakan pertemuan pada setiap minggu, kerana ia disifatkan sebagai platform penting dalam membuat keputusan-keputusan utama mengenai hal ekonomi negara.
Marzuki berkata, menerusi langkah ini, sebarang permasalahan yang membantut pertumbuhan ekonomi dapat diatasi dengan segera, manakala kerajaan dengan sokongan pihak industri bertindak sebagai pemudah cara kepada pemulihan ekonomi.
“Semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), MTEN yang dipengerusikan Perdana Menteri dan keanggotaanya termasuk menteri-menteri berkaitan ekonomi, Gabenor Bank Negara dan wakil-wakil industri bermesyuarat setiap minggu.
“Di sinilah indikator-indikator utama ekonomi dipantau dan keputusan-keputusan penting mengenai hala tuju ekonomi negara dibuat dan diambil tindakan segera oleh kerajaan,” tambah Marzuki.
Sumber: Astro Awani
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah