Terkini
Timbalan Presiden GPMS selar MUDA main isu perkauman
Timbalan Presiden, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan Ahmad Thibri Mashri menyangkal dakwaan Naib Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Dr Thanussha Francis Xavier kerana memainkan isu perkauman dalam satu respon seorang lepasan Matrikulasi yang tidak mendapat bantuan biasiswa dan keiniginannya menyambung bidang perubatan.

- Timbalan Presiden GPMS menyangkal dakwaan Naib Presiden MUDA susulan tindakannya menggunakan isu perkauman dalam memberi respon seorang lepasan Matrikulasi yang tidak mendapat tempat dalam bidang perubatan.
- Naib Presiden MUDA ini tidak maklum bahawa kemasukan ke Universiti Awam telah mengguna pakai kaedah meritokrasi sejak sekian lama iaitu kaedah ini tidak ambil kira faktor agama, bangsa, keturunan mahupun negeri.
- Keputusan gagalnya jelas berkirakan pada merit, merit yang dia ada tidak melayakkan dia melanjutkan pelajaran ke bidang perubatan hatta di universiti swasta.
- Semua sedia maklum bahawa persaingan ke bidang perubatan di Universiti Awam adalah sangat sengit oleh kerana bukan sedikit pelajar yang mendapat keputusan 4.0 di Matrikulasi.
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan Ahmad Thibri Mashri menyangkal dakwaan Naib Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Dr Thanussha Francis Xavier kerana memainkan isu perkauman dalam satu respon seorang lepasan Matrikulasi yang tidak mendapat bantuan biasiswa dan keiniginannya menyambung bidang perubatan.
“Kedangkalan pertama ialah Naib Presiden MUDA ini tidak maklum bahawa kemasukan ke Universiti Awam telah mengguna pakai kaedah meritokrasi sejak sekian lama iaitu kaedah ini tidak ambil kira faktor agama, bangsa keturunan mahupun negeri.
“Untuk kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi, kaedah ini memperuntukkan 90 peratus pemberat untuk markah akademik dan 10 peratus untuk markah kokurikulum,” katanya menurut kenyataan di Facebook.
Beliau berkata, dengan CGPA 3.88 di peringkat Matrikulasi dan andaian markah penuh untuk kokurikulum, markah merit adalah 97.30 peratus.
Ahmad berkata, semua sedia maklum bahawa persaingan ke bidang perubatan di Universiti Awam adalah sangat sengit oleh kerana bukan sedikit pelajar yang mendapat keputusan 4.0 di Matrikulasi.
“Kadangkalan yang kedua ialah Naib Presiden MUDA ini pantas menghala serangannya kepada status bangsa, keputusan Unit Pusat Universiti (UPU) sebenarnya belum pun lagi diumumkan, keputusan hanya akan diumum antara 25-27 September ini.
“Lepasan Matrikulasi ini sendiri akui yang dia sebenarnya merujuk kepada kegagalannya memasuki universiti swasta. Keputusan gagalnya jelas berkirakan pada merit, merit yang dia ada tidak melayakkan dia melanjutkan pelajaran ke bidang perubatan hatta di universiti swasta, Naib Presiden ini terlalu pantas ingin mainkan isu perkauman,” katanya.
Manakala kedangkalan ketiga, Ahmad berkata, ahli Muda itu mendakwa mereka adalah ‘second class citizens’ di negara sendiri kerana adanya peruntukan hak keistimewaan kepada Bumiputera, dia pula meminta agar keistimewaan diberikan untuk lepasan Matrikulasi ini mendapat ‘Waiver’ berkenaan pra-syarat kemasukan ke bidang perubatan atas alasan dia mewakili negara dalam bidang sukan.
“Dangkal sungguh, apalah yang kita harapkan kepada parti yang kononnya bernafas baru ini? MUDA itu maksudnya Malaysian United Democratic Alliance, bukanlah muda pada cara dan pembawakan,” katanya.
Baru-baru ini tular di Twitter mengenai perkongsian pelajar lepasan Matrikulasi berbangsa India didakwa tidak menerima biasiswa dan meluahkan kekecewaanya kerana tidak menyambung pelajaran dalam bidang perubatan walaupun dia merupakan atlet remaja di peringkat kebangsaan.
Sumber: Facebook
